Nikita Aulia ada satu peraturan untuk majlis rasmi: jangan berdiri dekat dengan apa-apa yang boleh jatuh.
Dia dah langgar peraturan tu dalam masa dua puluh minit.
Dewan Singgahsana Istana Seri Indera malam itu berkilau macam dalam drama. Siling tinggi berukir, lampu kristal sebesar kereta kecil, songket emas di mana-mana. Tetamu diraja dari seluruh rantau berdiri dalam kumpulan kecil, ketawa perlahan, bercakap perlahan, minum perlahan. Semua benda di sini perlahan.
Nik bukan orang yang perlahan.
Malam itu dia memakai baju kurung moden warna lilac pilihan ibunya: sifon lembut, leher V dan lengan panjang daripada renda jarang bermanik, sehelai kain sifon disangkut di sebelah bahu dan jatuh seperti jubah kecil, kain duyung yang meleret ke lantai. Rambutnya disanggul rendah dan licin. Di kakinya, kasut bertatah kristal berbentuk reben. Dia nampak sopan. Dia nampak macam anak presiden yang tak akan buat hal. Itu, kata Theo, adalah tujuan utama baju tu.
"Smile, Nikita," bisik Theo Marlow di sebelahnya, ketua pasukan komunikasinya merangkap babysitter rasmi. Lelaki itu memakai tuxedo yang terlalu ketat dan muka orang yang belum tidur sejak minggu lepas. "Your mother is shaking hands with the Sultan. Every camera in this room is on your family."
"I am smiling."
"You're smiling like you're about to steal something."
Nik sengih lebih lebar. Mungkin dia memang nak curi sesuatu. Kek perkahwinan itu, contohnya. Tujuh tingkat, putih dan emas, dihiasi bunga melur gula yang nampak terlalu cantik untuk dimakan. Kek itu berdiri di atas pentas kecil di hujung dewan, dikawal dua pengawal istana yang nampak lebih takut dengan kek itu berbanding dengan tetamu.
Malam ini majlis perkahwinan Tengku Mahkota Seri Indera, Tengku Arif, dengan pengantinnya, Cik Puan Dahlia. Dan sebagai anak Presiden Republik Marenna, negara pulau kecil yang paling banyak beli minyak sawit dan paling banyak hantar pelancong ke Seri Indera, Nik dijemput. Wajib hadir. Wajib senyum. Wajib tak buat hal.
Dia boleh buat semua tu. Mungkin.
Kemudian dia nampak Azura.
Tengku Puteri Azura berdiri dekat tiang marmar, berbaju kurung satin warna krim gading, leher bulatnya ditabur manik emas dan perak membentuk bunga ros dan lingkaran kecil. Rambutnya disanggul rendah dan lembut, beberapa helai anak rambut sengaja dibiarkan jatuh di tepi muka, dan sepasang subang gelung bertatah kristal berkilau setiap kali dia toleh. Dia bercakap dengan seorang duta tua, tangan disilang dengan sopan di depan, senyuman tepat di tempat yang betul. Tak terlalu lebar. Tak terlalu nipis. Senyuman yang dilatih.
Nik kenal senyuman tu. Dia pernah kena.
Tiga tahun lepas, di sebuah forum pemimpin muda di Singapura, Nik yang baru habis belajar dan terlalu yakin diri telah berjalan terus ke arah puteri itu, hulur tangan dan cakap, "Hi! I'm Nik. You must be the famous princess. Do people bow to you at Starbucks?"
Azura pandang tangan dia. Pandang muka dia. Kemudian salam dengan sopan, cakap "Nice to meet you, Ms Aulia," dan terus berjalan pergi tanpa sepatah kata lagi.
Tiga tahun. Nik masih belum maafkan.
"Don't," kata Theo, yang dah kenal muka Nik terlalu lama.
"Don't what?"
"Whatever you're thinking. Don't."
"I'm just going to say congratulations to the family. That's diplomacy, Theo. You love diplomacy."
Sebelum Theo sempat tarik lengan bajunya, Nik dah mula berjalan.
Azura nampak dia datang. Nik tahu sebab bahu puteri itu jadi tegang sesaat, sangat sedikit, sebelum kembali lurus. Duta tua itu minta diri. Azura berpaling, dan senyuman latihannya kembali tepat di tempatnya.
"Ms Aulia."
"Kak Zura," balas Nik, manis macam gula melur atas kek tu.
Kening Azura terangkat sedikit. "I'm sorry?"
"Kak Zura. You're older than me, kan? Lebih sopan macam tu. Kita kan dekat Seri Indera. Adab."
"I don't recall giving you permission to call me that."
"You don't recall a lot of things. Like Singapore."
Azura pandang dia lama. Mata puteri itu gelap dan tenang, dan buat pertama kali malam itu, Nik rasa macam dia sedang dibaca, dari atas sampai bawah, macam laporan yang tak berapa memuaskan.
"I remember Singapore," kata Azura akhirnya. "You asked if people bow to me at Starbucks."
"And you walked away."
"Because the answer was yes, and I didn't think you'd find it as funny as you thought you would."
Nik terdiam sekejap. Itu... sebenarnya agak kelakar. Dia benci yang itu agak kelakar.
"Okay," kata Nik. "Fine. That's a good comeback. Tiga tahun lambat, tapi good."
Sudut bibir Azura bergerak. Bukan senyum. Lebih kepada amaran yang dia mungkin akan senyum, satu hari nanti, kalau Nik bernasib baik.
"Enjoy the wedding, Ms Aulia," kata Azura, dan berpaling untuk pergi.
Dan di situlah semuanya jadi salah.
Nik melangkah ke belakang untuk beri laluan, tanpa sedar kakinya betul-betul memijak hujung kain sarung satin Azura yang meleret di lantai marmar. Azura bergerak ke depan. Kain itu tertarik. Azura hilang imbangan, dan secara refleks tangannya mencapai benda paling dekat, iaitu lengan Nik.
Nik, yang tak bersedia langsung, terdorong ke belakang.
Ke arah pentas kecil.
Ke arah kek tujuh tingkat.
"Wait wait wait wait..."
Masa jadi perlahan. Nik nampak muka pengawal istana yang terkejut. Dia nampak Theo di seberang dewan, mulut terbuka dalam jeritan senyap. Dia nampak bunga melur gula di tingkat ketiga, sangat cantik, sangat dekat.
Kemudian dia nampak siling, dan dengar bunyi yang dia akan ingat sampai mati: bunyi tujuh tingkat kek perkahwinan diraja runtuh serentak.
Senyap.
Seluruh Dewan Singgahsana senyap.
Nik terbaring atas lantai marmar, krim putih di rambut, di leher, di dalam telinga. Dan di atasnya, separuh terbaring atas dia, sanggul senget, subang gelung tersangkut krim, baju kurung krim gading kini lebih banyak krim kek daripada satin, ialah Tengku Puteri Azura.
Muka mereka hanya beberapa inci jauh. Ada sekeping bunga melur gula di pipi Azura.
"You," bisik Azura, perlahan dan sangat, sangat tenang, "stepped on my kain."
"You pulled me!"
"You stepped on my kain."
Di belakang mereka, satu demi satu, bunyi kamera mula berbunyi. Klik. Klik. Klik klik klik klik.
Nik tutup mata. "Okay. So. On a scale of one to ten, how bad is this for you?"
Azura tak jawab. Dia hanya bangun dengan perlahan, membetulkan sanggulnya dengan satu tangan, mengangkat dagu, dan memandang ke arah kamera dengan senyuman latihan yang sempurna. Seolah-olah dia tak sedang bermandi krim kek di depan seratus orang tetamu diraja.
Nik, yang masih di lantai, rasa kagum dan takut pada masa yang sama.
Dari jauh, dia dengar suara ibunya. "Nikita Aulia."
Okay. Sepuluh. Jawapannya sepuluh.
"LET THEM EAT CAKE!" First Daughter Nikita Aulia Topples Royal Wedding Cake in Seri Indera
Witnesses say Ms Aulia and Princess Azura were seen "in a heated exchange" moments before the seven-tier cake collapsed. The Presidential Office has declined to comment.
Insiden Di Majlis Diraja: Kek Perkahwinan Tengku Mahkota Rosak, Tengku Puteri Azura Tidak Cedera
Pihak Istana mengesahkan Tengku Puteri dalam keadaan baik. Kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan esok.
the way she's still smiling with a whole flower on her face. princess of composure fr
anak presiden tu siapa suruh berdiri dekat kek 😭😭
"Friendship," kata Theo, dengan nada orang yang menyebut nama penyakit.
Nik duduk di sofa bilik tetamu istana, rambut masih basah selepas mandi kali ketiga. Dia masih jumpa krim di tempat-tempat yang dia tak tahu wujud. "Friendship."
"Three days. Photo ops, a hospital visit, a charity lunch, one joint interview. You and the princess will be seen laughing together. You will be seen holding hands, maybe. Friendly hands. The papers will call it a misunderstanding between two young women who are actually very close."
"We are not very close."
"You were very close last night. On the floor. In the cake."
"Theo."
Pintu terbuka. Presiden Laila Aulia masuk, masih berbaju kurung moden yang dia pakai ke majlis semalam, tudung tersusun kemas, telefon di tangan. Wajahnya tenang. Wajahnya selalu tenang. Itu yang buat dia menang pilihan raya, dan itu yang buat Nik takut gila setiap kali ibunya diam terlalu lama.
"Mummy..."
"Sayang." Ibunya duduk di sebelah, letak telefon, dan pandang dia. "Do you know how many years it took to get this trade agreement with Seri Indera?"
"...Many?"
"Six. Six years. And you knocked it over with your bum."
Nik nak ketawa. Dia tahu dia tak patut ketawa. Dia gigit bibir.
Presiden Laila mengeluh, tapi ada senyuman di hujung mata. "Three days, Nik. Be nice to the princess. Be charming. You're good at charming. I've seen you charm a whole parliament."
"She's impossible, Mummy. She looks at me like I'm a stain."
"Then be a very charming stain." Ibunya cium dahinya, berdiri, dan berjalan ke pintu. Sebelum keluar, dia berpaling. "Oh, and Nik? Their palace secretary sent over a document. Theo, show her."
Theo hulurkan sehelai kertas. Nik baca. Kemudian dia baca sekali lagi.
Garis Panduan Penampilan Bersama: Tengku Puteri Azura & Cik Nikita Aulia
- Kedua-dua pihak akan kelihatan mesra di hadapan media.
- Cik Aulia tidak dibenarkan berdiri dalam jarak satu meter dari mana-mana kek.
- Cik Aulia dinasihatkan agar tidak membuat jenaka berkaitan Starbucks.
- Sentuhan fizikal terhad kepada berjabat tangan dan, jika perlu, berpegangan tangan secara ringkas.
- Semua kenyataan kepada media mesti diluluskan oleh Puan Maria Hashim terlebih dahulu.
- Kedua-dua pihak tidak dibenarkan bertengkar di hadapan kamera.
Disediakan oleh Puan Maria Hashim, Setiausaha Sulit
"Number three is personal," kata Nik.
"Number two is fair," kata Theo.
Azura menunggu di taman istana pagi itu, memakai blaus krep hijau sage berleher tinggi, berkedut lembut di bawah kolar, lengan panjang yang longgar. Rambutnya dilepas, beralun di paras bahu. Tanpa tiara, tanpa songket, dia nampak lebih muda. Lebih manusia. Dia sedang memegang secawan teh dan memandang kolam teratai dengan muka orang yang sedang kira berapa banyak masalah yang dia perlu selesaikan hari ini.
Nik agak pasti dia masalah nombor satu.
Hari ini Nik datang dengan apa yang Theo panggil "serious diplomat energy": blazer beige longgar dengan lengan dilipat, T-shirt putih di dalam, seluar sepadan, subang emas berpintal besar dan clutch emas berjalur di tangan. Rambutnya dilepas, satu helai ikal jatuh di tepi muka. Dia rasa macam peguam dalam drama. Dia berharap dia nampak macam peguam dalam drama.
"Morning, Kak Zura."
Azura tak toleh. "You're still calling me that."
"You still haven't told me to stop."
"I'm telling you now."
"Okay. Noted. Morning, Kak Zura."
Kali ini Azura toleh. Dan Nik bersumpah, untuk sesaat yang sangat pendek, dia nampak sesuatu macam geli hati di mata puteri itu sebelum ia hilang.
"Did you read Maria's guidelines?" tanya Azura.
"Number three was personal."
"Number three was my idea."
Nik ternganga. Azura minum tehnya dengan tenang.
Di belakang mereka, seorang lelaki tinggi berbaju batik gelap berdiri tidak jauh, tangan di belakang badan, muka kosong. Pengawal peribadi. Nik dah perasan dia semalam juga, berdiri dekat Azura sepanjang majlis, dan dia yang pertama sekali tarik Azura bangun dari lantai.
"That's Hafiz," kata Azura, tanpa melihat. "He's been with me since I was nineteen. He doesn't talk much."
"Hi, Hafiz!" Nik lambai.
Hafiz angguk satu kali. Sangat sedikit.
"See?" kata Azura. "He likes you."
"That was liking me?"
"That was a lot, for Hafiz."
JADUAL RASMI: HARI PERTAMA
(Salinan Cik Aulia, dengan conteng tangan Cik Aulia)
Ternyata Nik silap tentang satu perkara.
Azura sangat bagus dengan budak-budak.
Wad kanak-kanak Hospital Besar Seri Indera dicat warna-warni, dengan lukisan ikan dan bintang di dinding. Ada kira-kira dua belas budak di situ, ada yang berkerusi roda, ada yang masih bersambung dengan tiub, ada yang terlalu malu untuk keluar dari bawah selimut. Kamera media dibenarkan masuk selama sepuluh minit sahaja.
Selama sepuluh minit itu, Azura berdiri dengan sopan, bersalam dengan doktor, senyum ke kamera.
Bila kamera keluar, Azura duduk atas lantai.
Nik terkejut. Tengku Puteri Azura, yang semalam berjalan macam lantai marmar istana itu dicipta khusus untuk kakinya, kini bersila atas lantai hospital di sebelah seorang budak perempuan kecil yang kepalanya botak dan memegang anak patung arnab.
"Nama arnab ni apa?" tanya Azura, suaranya lain sama sekali. Lembut. Hangat.
"Puteri," jawab budak itu malu-malu.
"Oh. Sama macam Kakak."
"Kakak puteri betul ke?"
"Betul. Tapi Kakak rasa Puteri arnab ni lagi cantik."
Budak itu ketawa. Dan Azura, buat pertama kali sejak Nik kenal dia, tersenyum dengan betul. Bukan senyuman latihan. Senyuman yang sampai ke mata, buat pipinya naik, buat dia nampak macam orang lain sama sekali.
Nik terpaku di pintu.
Oh, fikirnya. Oh, tidak.
"Kak Nik!" jerit seorang budak lelaki dari katil hujung, menuding ke arahnya. "Kak Nik yang jatuh atas kek!"
Seluruh wad ketawa. Nik tersedar, ketawa sama, dan terus bertukar ke mod hiburan. Dia buat lakonan semula insiden kek itu dengan bantal sebagai kek dan seorang jururawat sebagai Azura. Dia buat bunyi kek runtuh. Dia jatuh atas lantai dengan dramatik. Budak-budak menjerit ketawa.
Bila dia buka mata, Azura sedang memandangnya dari seberang bilik.
Tak ada senyuman latihan. Tak ada topeng. Hanya pandangan lama yang Nik tak tahu nak terjemah, sebelum Azura palingkan muka dan kembali bercakap dengan budak perempuan kecil itu.
Dalam kereta selepas itu, mereka duduk bersebelahan di belakang, Hafiz di depan dengan pemandu. Senyap untuk beberapa minit.
"You're good with them," kata Azura akhirnya, memandang tingkap.
"So are you. You sat on the floor."
"Don't tell anyone."
"Why? It was nice."
Azura diam lama. "Because people like the princess who stands," katanya perlahan. "Not the one who sits on the floor."
Nik pandang dia. Pandang tangan puteri itu di atas riba, dan baru perasan sesuatu: hujung kuku ibu jari Azura sedikit tak rata. Macam digigit.
Dia tak cakap apa-apa. Tapi dia simpan.
Nik duduk di sebelah Azura di meja panjang jamuan negara, mengikut susunan tempat duduk yang jelas direka oleh seseorang yang mahu kamera dapat gambar mereka berdua bersama. Di hujung meja, Sultan Seri Indera, ayah Azura, bercakap perlahan dengan ibu Nik. Di sebelah Sultan, duduk seorang wanita tua berbaju kebaya hitam bersulam emas, rambut perak disanggul tinggi, mata tajam macam burung helang.
Untuk jamuan malam itu, Nik memakai kurung kedah warna kuning pucat, bersulam bunga putih kecil bertebuk di seluruh kain, hujung lengan dan labuhnya beralun macam kerawang. Rambutnya dilepas lurus paras bahu. Bila dia nampak diri sendiri dalam cermin tadi, dia rasa macam pisang goreng yang sangat sopan.
"Who's that?" bisik Nik.
"My grandmother," jawab Azura tanpa menoleh. "Sultanah Bonda Zaleha."
"She's looking at me like she wants to put me in a cannon."
"She looks at everyone like that."
"Even you?"
Azura tak jawab. Itu jawapannya.
Pinggan mula dihidang. Nasi minyak, rendang, ayam masak merah, sambal udang petai yang merah menyala dan bau pedasnya sampai ke hidung Nik dari jarak satu meter. Nik, yang dibesarkan dengan masakan ibunya dan suka pedas lebih dari dia suka kebanyakan manusia, rasa bahagia buat pertama kali hari itu.
Kemudian dia perasan Azura.
Puteri itu mengambil sedikit nasi. Sedikit gulai. Sedikit sayur. Dan kemudian pelayan istana meletakkan sesudu besar sambal udang petai di tepi pinggannya, mengikut protokol, kerana sambal itu hidangan istimewa istana dan semua tetamu diraja mesti dihidang.
Azura senyum pada pelayan itu. Ucap terima kasih. Dan kemudian, dengan sangat perlahan, dia mula menolak sambal itu ke tepi pinggan dengan hujung sudu. Sedikit demi sedikit. Seolah-olah berharap ia akan hilang sendiri.
Di hujung meja, mata Sultanah Bonda Zaleha bergerak ke pinggan Azura.
Nik tak fikir. Dia hanya bergerak.
Dia tunduk ke depan seolah-olah nak capai jag air, sikunya "tersentuh" pinggan Azura, dan dalam pergerakan yang sama dia tukar pinggan mereka. Pinggan Azura dengan sambal udang ke depan Nik. Pinggan Nik, yang baru ada nasi dan ayam, ke depan Azura. Kemudian dia tuang air ke dalam gelas Azura, senyum pada kamera yang tak wujud, dan duduk semula.
Seluruh pergerakan itu ambil masa tiga saat.
Azura memandang pinggan di depannya. Kemudian memandang Nik.
Nik masukkan sesudu sambal udang petai ke dalam mulut, kunyah dengan penuh perasaan, dan bisik, "Sedap gila. Your loss."
Azura tak cakap apa-apa. Tapi di bawah meja, sangat sekejap, hujung kasut Azura menyentuh hujung kasut Nik. Satu kali. Kemudian hilang.
Nik hampir tersedak petai.
Pukul satu pagi, Nik masih tak boleh tidur.
Dia salahkan petai. Dia salahkan katil istana yang terlalu besar dan terlalu lembut. Dia salahkan kasut Azura. Terutamanya kasut Azura.
Akhirnya dia bangun, sarung hoodie Marenna University yang dah lusuh, dan keluar dari bilik untuk cari dapur. Dia tak tahu di mana dapur istana. Dia hanya ikut naluri dan bau.
Dua puluh minit dan tiga koridor salah kemudian, dia jumpa sebuah dapur kecil. Bukan dapur besar istana, tapi pantri peribadi dengan lampu kuning malap, peti sejuk, dan meja kecil.
Azura duduk di meja itu, berbaju tidur satin biru kelabu bercorak bunga daffodil putih dan kuning, hujung lengannya berjalur ungu dan biru tua. Rambutnya disanggul sembarangan, beberapa helai anak rambut jatuh di dahi. Dia sedang makan roti bakar sapu kaya.
Dan menggigit kuku ibu jarinya.
Mereka berpandangan. Azura perlahan-lahan menurunkan tangan dari mulutnya.
"You didn't see that," kata Azura.
"See what? I'm sleepwalking. I'm not even here."
Azura memandangnya lama. Kemudian, dengan pergerakan yang Nik tak jangka langsung, dia tolak kerusi di depannya dengan kaki. Jemputan.
Nik duduk.
"Can't sleep?" tanya Azura.
"Petai."
"I warned you about the petai."
"You didn't warn me about anything. You just nudged my foot."
Azura tak jawab, hanya ambil sekeping roti bakar dari pinggannya dan letak di depan Nik. Nik makan. Kaya itu manis dan berlemak dan sempurna.
"You don't eat spicy food at all, kan?" tanya Nik perlahan.
"No."
"Like, at all-at all? Not even a bit of sos cili?"
"Not even a bit of sos cili." Azura memandang rotinya. "My grandmother thinks it's a weakness. A princess of Seri Indera should be able to eat what's served. So I push it around the plate. I've done it since I was eight."
"For twenty years?"
"Twenty-one."
Nik tak tahu nak cakap apa. Jadi dia buat apa yang dia selalu buat bila tak tahu nak cakap apa: dia cakap benda bodoh.
"Okay, so this is going to sound crazy, but are you hungry? Like, real-food hungry? Because I saw a burger stall on the way from the hospital, and I have been thinking about it for nine hours."
Azura memandangnya macam dia gila.
Dua puluh minit kemudian, mereka duduk di tempat duduk belakang kereta hitam tanpa bendera, diparkir di tepi gerai burger tepi jalan dengan lampu neon berkelip. Hafiz di tempat pemandu, memakai topi, beratur di gerai seperti orang biasa. Azura memakai hoodie kelabu Nik yang kedua, yang terlalu besar untuknya, dengan logo Marenna University yang dah pudar di dada. Tudung kepala hoodie ditarik rendah, dan nampak sangat, sangat tak selesa.
"I have never done this," bisik Azura.
"Eaten a burger?"
"Eaten a burger in a car at two in the morning with the daughter of a foreign head of state while my bodyguard queues for it."
"Wow, okay, when you say it like that it sounds like a crime."
Hafiz kembali dengan dua bungkusan kertas. Dia hulurkan satu kepada Nik, dan satu kepada Azura, dan berkata, buat pertama kali dalam pengetahuan Nik, sebaris ayat penuh: "Yang Tengku punya tak ada sos cili. Saya dah pesan."
"Terima kasih, Hafiz."
Nik membuka bungkusannya. Burger daging, telur dibalut, sos cili dan mayonis melimpah. Syurga. Dia hulurkan satu tin minuman berkarbonat kepada Azura dari beg plastik.
Azura geleng. "I don't drink fizzy drinks."
"Of course you don't." Nik ketawa. "What else don't you do? Do you not dance? Do you not sing in the shower?"
"I don't drink fizzy drinks," ulang Azura, ambil teh o ais bungkus yang Hafiz pesan khas untuknya, "and I don't tell people what I do in the shower."
Nik tersedak burger.
Azura, buat pertama kali, ketawa. Betul-betul ketawa. Perlahan dan terkejut, macam bunyi itu terlepas tanpa izin. Dia tutup mulut dengan belakang tangan, tapi bahunya masih bergegar.
Nik pandang dia, sos cili di tepi bibir, dan fikir: aku dalam masalah besar.
Pada hari ketiga, di lapangan terbang, Puan Maria Hashim berdiri dengan fail di tangan dan memerhati Nik dan Azura bersalam untuk kamera dengan muka orang yang sudah terlalu lama dalam industri ini untuk tertipu.
Mereka senyum. Mereka berpelukan ringan, mengikut garis panduan nombor empat. Kamera berbunyi.
Bila Azura menarik diri, dia meletakkan sesuatu dalam tapak tangan Nik. Sehelai kad kecil. Tulisan tangan yang kemas.
"For coordination purposes," kata Azura, cukup kuat untuk Puan Maria dengar.
Nik pandang kad itu. Satu nombor telefon. Dan satu alamat e-mel peribadi yang jelas bukan e-mel istana.
"Coordination," ulang Nik.
"Our offices will need to plan future appearances."
"Of course. Very professional."
"Very." Azura tak senyum. Tapi matanya senyum. "Safe flight, Ms Aulia."
"Bye, Kak Zura."
Kali ini, Azura tak suruh dia berhenti.
"Coordination," ternyata, bermaksud mesej setiap hari.
Mulanya memang profesional. Azura hantar jadual acara amal bersama yang akan datang. Nik balas dengan gambar meja kerjanya di Rumah Presiden Marenna yang penuh dengan cawan kopi. Azura balas: "That's a lot of coffee." Nik balas: "That's a lot of judging for a woman who eats roti bakar at 1 am."
Azura tak balas selama tiga jam. Nik hampir mati.
Kemudian: "It was kaya. Not just roti bakar. Respect the kaya."
Dan selepas itu, entah bagaimana, mereka tak berhenti.
Azura hantar gambar kolam teratai istana pada waktu pagi. Nik hantar gambar laut Marenna pada waktu senja, langit oren dan merah jambu, dengan kapsyen "this colour reminds me of the gold beads on your baju from the cake night, before it became cake." Azura hantar gambar Hafiz sedang tertidur dalam kereta. Nik hantar gambar Theo sedang menangis atas spreadsheet.
Mereka jumpa dua kali lagi dalam tiga bulan itu, kedua-duanya untuk acara rasmi. Satu sidang kemuncak ekonomi serantau, dan satu majlis amal di Marenna. Kedua-dua kali, mereka berdiri bersebelahan untuk kamera, senyum, dan bercakap dalam bisikan tentang benda-benda yang tak ada kena-mengena dengan ekonomi atau amal.
Di sidang kemuncak, Nik datang dengan kemeja kolar krim, vest kait biru tua yang pendek, seluar palazzo beige yang terlalu lebar, but kulit perang dan beg sandang kulit. Rambutnya diikat ekor kuda tinggi, dengan fringe. Azura pandang dia dari atas sampai bawah dan berkata, "You look like a librarian who robs banks." Nik ambil itu sebagai pujian.
Di majlis amal di Marenna pula, Nik memakai set tweed berjumbai bercorak berlian biru, kelabu dan putih, rambut diikat rendah dengan subang emas panjang dan beg rantai krim. Kali ini Azura tak kata apa-apa langsung. Dia cuma pandang lama sangat. Nik anggap itu sebagai kemenangan.
"Your duta is falling asleep," bisik Nik di sidang kemuncak.
"He's not falling asleep. He's listening with his eyes closed."
"He's snoring, Kak Zura."
"He's listening loudly."
Theo mula memandang Nik dengan curiga. Nik pura-pura tak perasan.
Pesta Malam Tahun Baru di Rumah Presiden Marenna selalu jadi acara paling meriah di pulau itu. Taman belakang dipenuhi lampu kecil tergantung di pokok-pokok kelapa, pentas muzik di tepi pantai, dan lebih kurang lima ratus tetamu yang terdiri daripada ahli politik, artis, diplomat dan sesiapa sahaja yang cukup penting untuk dijemput.
Tahun ini, atas sebab "mengukuhkan hubungan dua hala", senarai tetamu termasuk Tengku Puteri Azura dari Seri Indera.
Nik tahu sebab dia yang tambah nama itu sendiri. Kepada Theo, dia kata itu diplomasi. Theo pandang dia lama dan kata, "Sure, Nik. Diplomacy."
Malam itu Nik pakai gaun biru tua tanpa lengan, bahagian bahunya renda jarang, pinggang diikat tali biru gelap. Rambut panjangnya dilepas dengan alun besar, gincu merah bata, subang kecil di sepanjang telinga. Dan dia rasa cantik, dan dia rasa yakin, dan dia rasa semua itu hilang dalam masa satu saat bila Azura melangkah keluar dari kereta.
Gaun labuh sifon hijau pucat, dengan jubah luar sepadan yang terbuka dan berlengan kelawar lebar, diikat longgar di pinggang dengan tali kain. Bila angin laut bertiup, jubah itu mengembang di belakangnya macam sayap. Rambut disanggul longgar, beberapa helai anak rambut jatuh di dahi dan tepi muka. Tiada tiara. Hanya sepasang subang mutiara kecil.
"Ms Aulia," kata Azura.
"Kak Zura," balas Nik, dan suaranya keluar sedikit terlalu perlahan.
Sepanjang malam, Nik buat apa yang dia selalu buat di pesta. Dia ketawa kuat. Dia menari dengan sepupunya. Dia menyanyi karaoke lagu lama dengan Theo yang mabuk teh tarik. Dia berbual dengan seorang penyanyi lelaki muda yang kacak dan kelakar, yang memegang lengannya bila ketawa, dan Nik biarkan, sebab Nik memang suka lelaki yang kelakar. Dia juga suka perempuan yang kelakar. Dia suka orang yang kelakar, titik. Itu benda yang dia dah tahu tentang dirinya sejak tahun kedua universiti, sejak dia bercium dengan seorang kawan perempuan di sebuah parti dan fikir, oh, okay, jadi ini pun boleh.
Itu kali pertama dan terakhir dia bercium dengan perempuan. Dia tak pernah ada masa, atau peluang, atau keberanian untuk lebih dari itu. Anak presiden tak boleh buat banyak benda tanpa jadi tajuk berita.
Tapi sepanjang malam itu, setiap kali dia toleh, dia nampak Azura.
Azura di tepi kolam, berbual sopan dengan Menteri Luar Marenna. Azura di meja makanan, mengambil hanya kuih dan buah, mengelak semua sambal. Azura di tepi pentas, tak menari, tapi kakinya bergerak sedikit mengikut rentak bila dia fikir tiada siapa tengok.
Dan sekali, bila Nik sedang ketawa dengan penyanyi lelaki itu, dia toleh dan nampak Azura memandang mereka. Muka kosong. Topeng sempurna. Tapi tangannya, yang memegang gelas jus, menggenggam terlalu kuat.
Lima minit sebelum tengah malam, Nik hilang dari keramaian.
Dia naik ke balkoni tingkat dua, yang menghadap pantai dan pentas bunga api. Tempat itu sepatutnya dikunci untuk tetamu, tapi ini rumah dia, dan dia tahu kod pintunya. Dia perlukan udara. Dia perlukan masa untuk berfikir kenapa dadanya rasa ketat setiap kali dia nampak sifon hijau pucat.
Pintu balkoni terbuka di belakangnya.
"Your security told me you'd be here," kata Azura.
"My security is fired."
"Your security is very nice. He said you come here when you're overwhelmed."
"I'm not overwhelmed."
"Okay."
Azura berdiri di sebelahnya di tepi pagar balkoni. Di bawah, orang ramai mula mengira. Sepuluh. Sembilan.
"You looked like you were having fun," kata Azura. "With the singer."
"He's funny."
"Mm."
Lapan. Tujuh.
"Kak Zura..."
Enam. Lima.
"Nik," kata Azura. Bukan Ms Aulia. Nik. Buat pertama kali.
Empat. Tiga.
Nik toleh. Azura sedang memandangnya, dan topeng itu tiada. Langsung tiada. Yang tinggal hanya seorang perempuan yang nampak sangat takut dan sangat pasti pada masa yang sama.
Dua.
Satu.
Bunga api meletus di langit, merah, emas, putih. Dan dalam bunyi letupan dan sorakan lima ratus orang di bawah, Tengku Puteri Azura memegang wajah Nik dengan kedua-dua tangan dan menciumnya.
Ciuman itu lembut. Perlahan. Hampir bertanya. Bibir Azura rasa macam buah laici dan sedikit gula, dan tangannya di pipi Nik sejuk, dan sedikit menggigil, dan Nik tak sempat fikir apa-apa langsung selain: oh. Oh. Ini rupanya.
Kemudian, secepat ia bermula, ia berakhir.
Azura berundur. Matanya besar. Dia pandang Nik, kemudian pandang tangannya sendiri, macam tangan itu milik orang lain.
"I'm sorry," bisik Azura.
"Wait..."
"I'm sorry. That was... I shouldn't have."
"Kak Zura, wait..."
Tapi Azura dah berpaling. Dia berjalan ke pintu balkoni, cepat, tegak, dan hilang ke dalam rumah.
Nik berdiri seorang diri di balkoni, bunga api masih meletus di atas kepalanya, bibir masih rasa laici.
Apabila dia akhirnya turun ke bawah, Theo memberitahunya bahawa rombongan Seri Indera telah berlepas ke lapangan terbang dua puluh minit yang lalu. "The princess said she wasn't feeling well," kata Theo. Kemudian dia pandang muka Nik dan perlahankan suara. "Nik. What happened?"
"Nothing," kata Nik. "Happy New Year, Theo."
Petang esoknya, hari pertama tahun baru, Nik keluar ke pantai seorang diri dengan cermin mata hitam paling besar yang dia ada. Dia pakai baju kait putih yang jarang, tali halter biru air di leher, skirt satin bercorak bunga biru air yang meleret ditiup angin, dan subang perak berbentuk bintang laut. Dia minum air kelapa. Dia tengok matahari terbenam. Dia ambil terlalu banyak gambar.
Pukul sembilan malam, dia muat naik semuanya, sebab itu yang orang buat bila mereka okay.
Dia okay. Dia sangat okay.
Selama sebelas hari, Azura senyap.
Tiada gambar kolam teratai. Tiada balasan. Mesej Nik yang terakhir, "Kak Zura are you okay?", duduk di skrin dengan tanda "Delivered" dan tidak pernah bertukar jadi "Read".
Nik menghabiskan sebelas hari itu dengan bersikap sangat normal. Dia pergi ke pejabat. Dia hadiri mesyuarat kempen ibunya. Dia buat temu bual radio dan buat semua orang ketawa. Dia makan nasi lemak sambal paling pedas di Marenna dan langsung tak rasa apa-apa.
Pada malam kesebelas, dia baring di atas katil, buka laptop, dan buka alamat e-mel peribadi yang tertulis dalam kad kecil itu.
Dia taip. Padam. Taip. Padam.
Akhirnya dia hantar sesuatu.
Nik11 Janre: coordination purposesOkay. I'm going to say this once and if you don't reply I'll never bring it up again…
re: coordination purposes
InboxHi Kak Zura,
Okay. I'm going to say this once and if you don't reply I'll never bring it up again and I'll fake-smile at you at every summit until we're both old and grey.
You don't have to say sorry. Please don't say sorry. I don't need you to explain it or make it make sense. I just need to know you're okay, because you left looking like you were going to throw up, and that's not how I want to be remembered as a kisser.
That was a joke. Mostly.
Also, for the record, and for coordination purposes: I didn't mind. At all. Like, at all-at all. Not even a bit of sos cili.
Nik
P.S. Hafiz can read this if he wants, I don't mind. Hi Hafiz.
Balasan datang empat jam kemudian, pada pukul 3.17 pagi waktu Marenna.
Azura12 Janre: re: coordination purposesI am okay. I am also not okay. I suspect you already knew both.
re: re: coordination purposes
InboxNikita,
I am okay. I am also not okay. I suspect you already knew both.
You asked me not to say sorry, so I won't. But I owe you an explanation, even if you say I don't, because you deserve one, and because I have never said this to anyone in my life and I think if I don't say it now I never will.
I have known since I was fifteen. All-girls school, the kind where they teach you how to sit and how to smile and how to curtsy. I sat behind a girl in chemistry class for two years and I don't remember a single thing about chemistry. That was when I understood what I was. Not confused. Not a phase. I knew.
I also knew, very clearly, that a princess of Seri Indera could never be that. Not out loud. Not ever.
So I learned to be careful. When I went abroad for university, a women's college, far enough that nobody at home paid attention, there were a few women. Quietly. Later, a few more, always discreet, always temporary, always with Hafiz standing outside a door pretending not to know. Nobody I couldn't walk away from. That was the rule.
Then you sat next to me at a state banquet and switched my plate so my grandmother wouldn't see me push the sambal away. Nobody has ever done that. Twenty-one years, Nik, and nobody has ever done that.
I kissed you because I wanted to. I left because I wanted to again.
That is the whole explanation. It is not a good one. I'm sorry. (I know. I said I wouldn't.)
Azura
P.S. Hafiz says hello. He did not read this. He is pretending he did not read this.
Nik baca e-mel itu empat kali. Kali kelima, dia menangis sedikit, ketawa sedikit, dan kemudian menangis lagi sedikit.
Kemudian dia membalas.
Nik12 Jana confession of my own, since we're doing thisOkay, my turn.
a confession of my own, since we're doing this
InboxOkay, my turn.
I'm bi. I've known since my second year of uni. I've dated guys. Two of them were nice and one of them was a crypto bro and I don't want to talk about it.
I kissed a girl once at a party. That's it. That's my entire experience with women. One kiss and a lot of thinking about it afterwards.
So when I tell you that your kiss on the balcony was the second time in my whole life, and that it completely erased the first one, I need you to understand that I am not being smooth. I am not capable of being smooth right now. I am lying in bed at 4 am eating Mamee from the packet.
You said nobody switched your plate in 21 years. I want to switch every plate. I want to eat every sambal for you. That's not a metaphor, I genuinely love sambal, but it's also kind of a metaphor.
Please don't disappear again.
Nik
Azura12 Janre: a confession of my ownI won't disappear.
re: a confession of my own
InboxI won't disappear.
Mamee at 4 am is not dinner, Nikita.
Azura
Nik12 Janyou can't just say "I won't disappear" and then criticise my foodWatch me eat a second packet.
you can't just say "I won't disappear" and then criticise my food
InboxWatch me eat a second packet.
Dan begitulah ia bermula.
Selama empat bulan, mereka menulis. Bukan mesej singkat lagi, tapi e-mel. E-mel panjang yang Nik baca di bawah meja waktu mesyuarat, dalam kereta, dalam tandas bila dia tak boleh tunggu. Azura menulis macam dia bercakap: tepat, kemas, setiap ayat disusun. Nik menulis macam dia hidup: berselerak, terlalu banyak tanda seru, dan selalu ada sekurang-kurangnya satu P.S.
Azura3 FebTuesdayMy grandmother told me today that my posture has become "slouchy and modern." I have…
Tuesday
InboxMy grandmother told me today that my posture has become "slouchy and modern." I have been sitting the same way since 1998.
I thought about you during the meeting with the Ministry of Tourism. They showed a slide of Marenna's beaches and I thought, she's there right now. Probably shouting at Theo.
I don't know what to do with that. I'm writing it down so I don't have to carry it alone.
Azura
Nik3 Febre: TuesdayI WAS shouting at Theo. How did you know.
re: Tuesday
InboxI WAS shouting at Theo. How did you know.
Your posture is perfect. I've studied it. Extensively. For research. For the bilateral relationship.
Today my mum asked why I keep smiling at my phone. I said I was watching cat videos. She said "Nik, you hate cats." I said I'm growing as a person.
Kak Zura, I need to tell you something. Every time you sign off with just "Azura" and no kiss, no emoji, no nothing, I imagine you writing it with a fountain pen while sitting perfectly straight and it does something to me. Is that normal? Don't answer that.
Nik
P.S. Send me a picture of the teratai. I miss it. I miss a pond. That's how bad it's gotten.
Azura4 Febre: re: TuesdayI do write them with a fountain pen first. Then I type them. You are the only person…
re: re: Tuesday
InboxI do write them with a fountain pen first. Then I type them. You are the only person who knows that.
And no, it isn't normal. But I find I don't mind.
Azura
Nik14 Apr(no subject, it's 2 am)I just realised you said "I find I don't mind" and I've been staring at the ceiling for…
(no subject, it's 2 am)
InboxI just realised you said "I find I don't mind" and I've been staring at the ceiling for an hour.
You're a menace. A quiet, well-postured menace.
Do you ever think about it? The balcony. Because I do. I think about it in meetings. I think about it in the shower. (I'm allowed to say what I do in the shower, I'm not a princess.)
Okay, sending before I lose my nerve.
Nik
Azura14 Aprre: (no subject, it's 2 am)Every day.
re: (no subject, it's 2 am)
InboxEvery day.
There is a cultural festival in Seri Indera in three weeks. A Marenna delegation has been invited. Maria thinks it would be good optics if you attended.
Maria does not know why I suggested it.
There is a beach house the family uses, at Tanjung Kemuning, an hour from the palace. It's very private. Hafiz is very good at not seeing things.
Come.
Azura
Nik14 Aprre: re: (no subject, it's 2 am)Okay.
re: re: (no subject, it's 2 am)
InboxOkay.
(That's all. I can't type more than that. My hands are shaking. OKAY.)
Nik
Teratak Tanjung Kemuning ialah sebuah rumah kayu dua tingkat di hujung semenanjung kecil, dikelilingi pokok rhu dan berdepan terus dengan laut. Tiada jiran. Tiada jalan raya awam. Hanya satu jalan tanah merah yang dikawal di pintu pagar oleh dua orang pengawal yang Hafiz pilih sendiri.
Nik tiba pada waktu senja, selepas sehari penuh senyum di festival kebudayaan dalam set kemeja dan skirt kembang biru air bersulam labuci dan bulan sabit kecil, tali pinggang hitam nipis, beg lutsinar, dan kasut lutsinar bertatah kristal yang dia sesali selepas jam kedua. Dia beritahu Theo dia nak "rest early." Theo pandang dia, pandang kereta hitam tanpa bendera yang menunggu di pintu belakang hotel, dan berkata, "I didn't see anything. I'm going to bed. I am a man who sleeps."
Azura menunggu di beranda.
Tanpa tiara. Tanpa songket. Berbaju kaftan putih panjang sampai ke buku lali, kain jacquard bercorak geometri perak yang berkilau sedikit bila ditiup angin, leher V yang dalam, lengan kelawar yang lebar. Kaki berkaki ayam di atas lantai kayu, rambut panjangnya dilepas dan sedikit kusut ditiup angin laut. Dia nampak macam orang yang tak pernah tinggal di istana seumur hidupnya.
Nik berhenti di anak tangga terbawah. "Hi."
"Hi," kata Azura.
Mereka berdiri macam itu, berpandangan, selama mungkin lima saat. Mungkin lima minit. Nik tak pasti. Kemudian Azura turun dua anak tangga, Nik naik dua anak tangga, dan mereka berpelukan di tengah-tengah, lama, erat, dengan cara yang tak ada dalam mana-mana garis panduan Puan Maria.
"You smell like the festival," gumam Azura di bahunya.
"Is that bad?"
"You smell like satay and somebody else's perfume."
"That's the Menteri Kebudayaan. She hugged me for a long time. I think she's a fan."
Azura ketawa perlahan ke dalam leher Nik, dan seluruh badan Nik meremang.
Makan malam disediakan oleh tukang masak keluarga, yang kemudian pulang, meninggalkan mereka bersendirian dengan meja kecil di beranda, lilin dalam balang kaca, dan bunyi ombak.
Nasi putih. Ikan bakar. Sayur kangkung goreng belacan. Dan, sudah tentu, semangkuk kecil sambal belacan di tengah meja.
"Your chef knows I'm here, kan?" kata Nik, terus mencedok sambal.
"My chef knows that I have a guest who eats sambal like it's a personal vendetta."
"And you?"
Azura menolak mangkuk sambal itu, dengan satu jari, sedikit lebih dekat ke pinggan Nik. "I don't."
"Twenty-one years."
"Twenty-two now. I had a birthday."
"WHAT? When?"
"Two weeks ago."
"You didn't tell me!"
"I didn't want a fuss."
Nik letak sudunya. "Kak Zura. I would have made a fuss. I would have sent you a cake. Not a seven-tier one. Like a small one. A safe one."
"That," kata Azura, dan sudut bibirnya naik, "is exactly why I didn't tell you."
Mereka makan. Mereka berbual tentang festival, tentang Theo, tentang Hafiz yang kini sedang duduk di pondok pengawal di pintu pagar dan, menurut Azura, membaca novel cinta. "He thinks I don't know," kata Azura. "He's on book four of a series about a pirate."
Nik ketawa sampai sakit perut.
Bila pinggan sudah kosong dan lilin sudah separuh cair, Azura meletakkan sudunya dengan kemas, melipat tangan di atas meja, dan memandang Nik dengan pandangan yang sama dia guna di dalam mesyuarat Kementerian. Tenang. Tepat. Tiada keraguan.
"Nik," katanya. "I want you to stay with me tonight."
Nik, yang sedang minum air, tersedak dengan sangat kuat.
"Not in the guest room," tambah Azura dengan tenang, sambil menghulurkan napkin. "I mean..."
"I KNOW what you mean," batuk Nik. "I know. I understood. I'm just... okay. Okay okay okay."
"You don't have to say yes."
"No, I... yes. I mean, yes, I want to. I really, really want to. I've been wanting to since you said 'I find I don't mind' and I stared at my ceiling for an hour. It's just..."
Dan di situlah otak Nik memutuskan untuk berhenti berfungsi sepenuhnya.
"It's just that, okay, you know I've only kissed a girl once, right? Twice now. With you. And you said you've had, you know, women, plural, and I've had, like, one party and a lot of imagination, and what if I'm bad at it? Like, what if I'm genuinely bad? What if there's a technique? Is there a technique? Oh my god, there's definitely a technique. I'm going to get a C minus from a princess. My mother is going to find out from a diplomatic cable..."
"Nik."
"...and also I didn't bring anything nice to wear, I literally brought pyjamas with little ducks on them because I thought, haha, she'll find that cute, but now I'm thinking ducks are not sexy, Kak Zura, ducks have never been sexy in the history of the world..."
"Nikita."
"...and also I need to confess something. I Googled things. On the plane. On incognito mode. And the plane WiFi was slow so every page took forever to load and the man next to me might have seen..."
Azura tak cakap apa-apa. Dia hanya menghulurkan tangan, mengambil iPhone Nik yang terletak di atas meja, dan membuka Safari.
"NO. Kak Zura. No no no..."
- macam mana nak tahu kalau i ni bagus dalam bercium
- how to kiss a girl properly
- how to kiss a girl properly PLEASE
- what if she's better at everything than me
- is it normal to be nervous before sleeping with a princess
- sleeping with royalty diplomatic incident
- are duck pyjamas sexy
- are duck pyjamas sexy reddit
- how to be smooth
- how to be smooth when you are not smooth
- tanjung kemuning beach house
- what does "i find i don't mind" mean from a woman
Azura membaca senarai itu dengan perlahan. Dengan sangat, sangat perlahan. Wajahnya tidak berubah langsung.
Kemudian bahunya mula bergegar.
"Don't laugh," rayu Nik, menutup muka dengan kedua-dua tangan. "Please don't laugh. I'm going to walk into the sea."
"I'm not laughing," kata Azura, suaranya bergetar.
"You're literally laughing."
"I'm," Azura menarik nafas, letak telefon, "I'm finding this very moving."
"Kak Zuraaa."
Azura bangun dari kerusinya. Dia berjalan mengelilingi meja kecil itu dengan langkah yang perlahan, dan Nik dengar bunyi kaki ayamnya di lantai kayu, dan kemudian rasa sepasang tangan yang sejuk dan lembut menarik tangannya turun dari mukanya.
Azura sedang berlutut di sebelah kerusinya. Dekat. Sangat dekat. Mata puteri itu masih berkilau sebab ketawa, tapi ada sesuatu yang lain juga di situ. Sesuatu yang hangat dan sabar.
"Listen to me," kata Azura perlahan. "There's no test. There's no technique. There's no C minus. There is just you, and me, and we go as slowly as you want. If you want to stop, we stop. If you want to just sleep in your duck pyjamas, we sleep in your duck pyjamas."
"You'd let me wear the ducks?"
"Nik, I would let you wear the ducks to a state banquet."
Nik ketawa, dan ketawa itu keluar sedikit basah. "Okay."
"Okay?"
"Okay. Yes. I want to. Not the ducks. The other thing."
Azura senyum. Senyuman yang sama dari wad kanak-kanak. Yang sampai ke mata.
"Then come here," katanya.
Ciuman pertama malam itu bukan macam di balkoni.
Di balkoni, Azura bertanya. Di sini, di ruang tamu teratak kayu itu, dengan lampu dimalapkan dan tingkap terbuka dan bunyi ombak masuk bersama angin, Azura tidak bertanya. Dia tahu jawapannya. Dia cium Nik dengan perlahan, penuh sabar, macam orang yang sudah menunggu empat bulan dan berhasrat untuk menikmati setiap saat yang dia tunggu itu.
Nik, yang tangannya menggigil, tak tahu nak letak tangan di mana.
Pinggang? Terlalu berani. Bahu? Terlalu macam kawan. Rambut? Dia tak nak tarik rambut puteri. Itu mungkin kesalahan di bawah undang-undang Seri Indera.
"Nik," bisik Azura di bibirnya, separuh ketawa. "You're thinking very loudly."
"I don't know where to put my hands."
Azura capai kedua-dua tangan Nik, dan meletakkannya di pinggangnya sendiri. "Here," katanya. "For now."
For now. Otak Nik berbunyi macam penggera kebakaran.
Dan kemudian, perlahan-lahan, ketakutan itu jadi kecil. Di tempatnya, sesuatu yang lebih biasa mula tumbuh. Rasa ingin tahu. Rasa nakal. Rasa yang Nik selalu rasa sebelum buat sesuatu yang Theo akan suruh dia jangan buat.
Dia senyum ke dalam ciuman itu. "Kak Zura," bisiknya. "Just so you know, I'm a very fast learner."
Buat pertama kali sejak Nik mengenalinya, Tengku Puteri Azura Adnan dari Negeri Seri Indera ketawa sampai tak boleh bercakap. Dahinya jatuh ke bahu Nik, bahunya bergegar, dan bila dia angkat muka semula, matanya berair dan berkilau.
Dia hulurkan tangan. Nik menyambutnya.
Mereka naik tangga kayu itu bersama-sama, satu anak tangga demi satu anak tangga, ketawa perlahan setiap kali papan lantai berbunyi, dan pintu bilik di tingkat atas tertutup di belakang mereka.
Di luar, ombak terus berbunyi. Bulan separuh naik di atas pokok rhu. Dan di pondok pengawal di pintu pagar, Hafiz membalik halaman bukunya tanpa sekali pun mengangkat kepala.
Pagi datang dengan cahaya matahari yang terlalu terang dan bunyi burung camar yang terlalu kuat.
Nik terjaga dahulu. Dia mengambil masa beberapa saat untuk ingat di mana dia berada, dan kemudian dia ingat, dan kemudian dia tarik selimut ke atas muka dan menjerit perlahan ke dalam bantal.
Di sebelahnya, sesuatu bergerak.
"Are you screaming?" tanya Azura, suara serak dengan tidur.
"No."
"You're screaming into my pillow."
"It's a happy scream. It's a scream of joy. It's a diplomatic scream."
Azura menarik selimut turun dari muka Nik. Rambut puteri itu kusut sepenuhnya, ada kesan bantal di pipinya, dan dia sedang... Nik memandang dengan teliti... menggigit kuku ibu jarinya.
"You're biting your nail."
Azura segera menurunkan tangannya. "I'm not."
"You are. You're nervous." Nik bangun bertongkat siku, terlalu gembira. "Tengku Puteri Azura is nervous. About me. Because of last night. Oh my god. Was I that good?"
"I'm not nervous."
"You're blushing."
"It's the sun."
"The sun is behind you, Kak Zura."
Azura memandangnya lama, dengan muka paling serius yang dia mampu, iaitu tidak serius langsung bila dia berbaring dengan rambut kusut dan kesan bantal di pipi.
"You got an A," kata Azura akhirnya.
Nik menjerit ke dalam bantal sekali lagi. Azura ketawa dan menariknya kembali ke bawah selimut.
Sarapan pagi itu ialah roti bakar dengan kaya, dibuat sendiri oleh Azura yang ternyata tidak tahu menggunakan pembakar roti tanpa bantuan, dan teh o panas. Nik memakai jubah mandi milik Azura yang terlalu panjang untuknya. Azura memakai hoodie kelabu Marenna University milik Nik, yang dia "pinjam" dari malam burger dan tidak pernah pulangkan. Hoodie itu terlalu besar, rambutnya disanggul tinggi dan kusut, anak rambut jatuh di dahi, dan bila dia meregangkan kedua-dua tangan ke atas sambil memejam mata, lengan hoodie itu melorot sampai ke siku.
"That's mine," kata Nik.
"It's diplomatic property now."
Di pintu pagar, Hafiz sedang duduk di pondoknya, membaca buku nombor lima tentang lanun itu. Bila Nik melambai dari beranda, Hafiz mengangkat matanya dari buku, memandang Nik dalam jubah mandi Azura, memandang Azura dalam hoodie Nik, dan mengangguk satu kali.
Sangat sedikit. Tapi Nik bersumpah dia nampak sudut bibir lelaki itu bergerak.
Tiga minggu kemudian, dunia meletup.
Nik sedang duduk dalam mesyuarat kempen ibunya pukul tujuh pagi, kurang dari sebulan sebelum hari mengundi, bila telefon semua orang dalam bilik itu berbunyi serentak.
Theo melihat telefonnya dahulu. Wajahnya bertukar warna. Kemudian dia memandang Nik.
"Nik," katanya perlahan. "Don't look at your phone."
Nik melihat telefonnya.
EXCLUSIVE: "I KISSED YOU BECAUSE I WANTED TO"
Leaked Emails Reveal Secret Romance Between First Daughter Nikita Aulia and Princess Azura of Seri Indera
Hundreds of private emails obtained by the Daily Star show a months-long relationship between the President's daughter and the Seri Indera royal. In one message, the princess writes: "I have known since I was fifteen."
Opposition leader calls it "a serious breach of diplomatic conduct" weeks before the election.
Istana Enggan Mengulas Laporan Media Asing Berkenaan Tengku Puteri Azura
Bilik itu senyap. Semua orang memandang Nik. Nik tidak memandang sesiapa. Dia hanya memandang skrin telefonnya, di mana ayat Azura, ayat yang ditulis dengan pen dakwat dan kemudian ditaip pada pukul tiga pagi, kini terpampang dalam huruf besar tebal di laman depan akhbar.
"I have known since I was fifteen."
Itu bukan milik akhbar. Itu milik Azura. Itu benda yang Azura tidak pernah beritahu sesiapa dalam hidupnya.
Nik berdiri. Kerusinya jatuh ke belakang. Dia tidak peduli. Dia berjalan keluar dari bilik mesyuarat dan menelefon nombor Azura.
Tiada jawapan.
Dia telefon lagi. Tiada jawapan. Dia hantar mesej. "Kak Zura please pick up." "Please." "I'm so sorry." "Please just tell me you're okay."
Tanda "Delivered". Tidak pernah "Read".
SULITMemo istanaClick to openClose memo
Kepada Tengku Puteri Azura
Salinan Puan Maria Hashim, Setiausaha Sulit
Perkara Laporan Media Asing
- Tengku Puteri dikehendaki hadir menghadap Sultanah Bonda pada jam 10.00 pagi ini.
- Semua komunikasi peribadi Tengku Puteri dengan pihak luar hendaklah dihentikan serta-merta.
- Pejabat Setiausaha Sulit akan menyediakan kenyataan rasmi yang menafikan laporan tersebut sebagai fitnah dan pemalsuan.
- Tengku Puteri dikehendaki membaca kenyataan tersebut di hadapan media dalam masa 48 jam.
Kehormatan Istana Seri Indera adalah melebihi segala-galanya.
Ibunya menemuinya malam itu di balkoni tingkat dua Rumah Presiden. Balkoni yang sama. Nik duduk di lantai, bersandar pada pagar, telefon di riba, mata bengkak. Dia masih berkebaya putih bersulam bunga merah jambu dan kuning dari majlis kempen petang tadi, kain batik merah jambunya berkedut, gelang jed hijau di pergelangan tangan.
Presiden Laila Aulia duduk di sebelahnya, di atas lantai, dengan kain sutera dan semuanya.
"Mummy, your baju..."
"Hush." Ibunya merangkul bahunya. Untuk lama, mereka berdua diam.
"I'm so sorry," bisik Nik akhirnya. "Your election. Your whole campaign. Six years of trade agreement. I ruined everything. Again. First the cake and now..."
"Nik." Ibunya memalingkan wajahnya dengan lembut supaya mereka bertentangan. "Listen to me. I don't care about the election."
"You do care about the election."
"Okay, I care a little about the election," ibunya mengaku, dan Nik ketawa dalam tangisnya. "But I care about you more. I would rather lose this election with a daughter who doesn't have to hide than win it with one who does. You hear me? I have known you were bi since you were nineteen and you came home from uni and talked about a girl called Sasha for three weeks straight."
"...You knew about Sasha?"
"Sayang, the whole house knew about Sasha."
Nik menyandarkan kepalanya ke bahu ibunya. "She won't answer, Mummy. Azura. She won't answer anything."
Ibunya diam sekejap. "Then maybe," katanya perlahan, "she isn't the one who's stopping her."
Nik mengangkat kepala.
Di bawah, di taman, Theo sedang berdiri dengan telefon di telinga, berjalan ke hulu ke hilir dalam keadaan panik. Bila dia nampak Nik memandang dari atas, dia menurunkan telefonnya dan menjerit, "THERE'S A FLIGHT AT ELEVEN. I ALREADY BOOKED IT. GO."
Ibunya senyum. "I may have told Theo to book it an hour ago."
Nik tiba di pintu pagar belakang Istana Seri Indera pada pukul enam pagi, belum tidur, memakai hoodie yang sama dia pakai ke kapal terbang dan muka yang dia pasti tidak sesuai untuk sebarang gambar rasmi.
Dua pengawal istana menghalang laluannya. "Cik tidak dibenarkan masuk."
"Please. I just need to see her. Five minutes."
"Cik tidak dibenarkan..."
"Biarkan dia masuk."
Suara itu datang dari belakang pengawal. Hafiz. Dalam baju batik gelap yang sama, tangan di belakang badan, muka kosong yang sama.
"Encik Hafiz, arahan Sultanah Bonda..."
"Arahan Sultanah Bonda ialah komunikasi peribadi Tengku dihentikan," kata Hafiz dengan tenang. "Ini bukan komunikasi. Ini lawatan. Saya ambil tanggungjawab."
Pengawal-pengawal itu berpandangan, kemudian berundur. Hafiz memandang Nik.
"Taman teratai," katanya. "Dia tak tidur sejak semalam."
"Hafiz," kata Nik, suaranya pecah. "Thank you."
Hafiz mengangguk. Kali ini, sudah tentu, Nik nampak dengan jelas: lelaki itu senyum.
Azura duduk di bangku batu di tepi kolam teratai, berbaju labuh warna nude, selendang jersi krim disangkut longgar di kepala dan dililit di bahu, menahan angin pagi. Kertas di tangan. Kenyataan rasmi. Nik nampak cop istana di bahagian atasnya.
Dia sedang menggigit kuku ibu jarinya. Tidak berhenti walaupun dia nampak Nik datang.
"Kak Zura."
Azura mengangkat kepala. Mata puteri itu merah. Wajahnya pucat. Tapi bila dia nampak Nik, sesuatu dalam wajah itu runtuh. Bukan topeng diraja. Sesuatu yang lebih dalam dari itu.
"You shouldn't be here," bisik Azura.
"I know."
"My grandmother..."
"I know." Nik berlutut di depan bangku itu, di atas rumput yang masih basah dengan embun, dan mengambil tangan Azura, tangan yang kukunya sudah digigit sampai pendek. "I'm not here to make you do anything. If you want to read that statement, read it. I won't hate you. I'll never hate you. I just couldn't let you read it without knowing that I'm here. That's all. That's the whole reason."
Azura memandang kertas di tangannya. "It says the emails are fake. That someone made them up to destroy my family's reputation. That I have never..." Suaranya tersekat. "That I have never known anything about myself at fifteen."
"Is that true?"
"No."
"Then don't say it."
"Nik, I'm not you. I can't just... I'm the princess who stands."
Nik genggam tangannya lebih erat. "You sat on the floor in the children's ward. I saw you. You're allowed to sit on the floor, Kak Zura."
"Azura."
Kedua-dua mereka berpaling.
Sultanah Bonda Zaleha berdiri di hujung laluan taman, berbaju kebaya hitam, rambut perak disanggul tinggi, tongkat kayu berukir di tangan. Di belakangnya, Puan Maria Hashim dengan fail di dada, dan, yang mengejutkan Nik, Tengku Mahkota Arif dengan muka letih orang yang baru dikejutkan dari tidur.
"Bangun," kata Sultanah Bonda. "Seorang Tengku Puteri tidak duduk di taman dengan anak orang asing pada waktu subuh."
Azura berdiri. Nik berdiri bersamanya. Tangan mereka masih bertaut.
Untuk seketika, Nik yakin Azura akan melepaskan tangannya.
Azura tidak melepaskan.
"Bonda," kata Azura, dan suaranya tenang. Tenang yang sama dia guna dalam mesyuarat Kementerian. Tenang yang sama dia guna di meja makan malam di Tanjung Kemuning. Tenang orang yang sudah buat keputusan. "Saya tak akan baca kenyataan itu."
"Kamu akan baca, Azura."
"Saya tak akan baca." Azura melangkah ke depan, membawa Nik bersamanya. "Saya dah sembunyi sejak umur lima belas tahun, Bonda. Saya sembunyi di sekolah. Saya sembunyi di universiti. Saya sembunyi di setiap majlis, setiap jamuan, setiap gambar. Saya tolak sambal ke tepi pinggan selama dua puluh dua tahun sebab Bonda kata itu kelemahan. Saya tak boleh sembunyi lagi. Saya tak mahu."
"Kehormatan istana..."
"Kehormatan istana tidak bergantung pada saya berbohong, Bonda." Azura mengangkat dagunya. "Kalau ia bergantung pada itu, maka kehormatan itu sudah lama rapuh."
Taman itu senyap. Seekor burung terbang dari dahan pokok di atas kolam.
Kemudian, dari belakang Sultanah Bonda, Tengku Mahkota Arif berdehem.
"Bonda," katanya perlahan. "Saya rasa Azura betul."
Sultanah Bonda menoleh, perlahan, memandang cucu lelakinya dengan mata helang itu.
"Rakyat Seri Indera sayangkan dia," sambung Tengku Arif. "Bukan sebab dia tak pernah buat silap. Sebab dia duduk atas lantai wad kanak-kanak dan main dengan arnab budak-budak. Itu yang orang ingat. Bukan senyuman dia dalam gambar." Dia menoleh ke arah adiknya dan senyum kecil. "Lagipun, Bonda, dia dah musnahkan kek perkahwinan saya. Saya rasa dia dah tak ada apa-apa reputasi lagi untuk dijaga."
Nik menahan ketawa dengan sangat, sangat susah.
Sultanah Bonda Zaleha memandang mereka semua untuk masa yang sangat lama. Azura. Arif. Puan Maria, yang tiba-tiba sangat berminat dengan failnya. Hafiz di hujung taman, tangan di belakang. Dan akhir sekali, Nik.
"Anak presiden," kata Sultanah Bonda.
"Ya, Tuanku," jawab Nik, menundukkan kepala, dengan nada paling sopan seumur hidupnya.
"Kamu yang tukar pinggan dia pada malam jamuan negara."
Nik terkaku. "Tuanku... nampak?"
"Beta nampak semua." Sultanah Bonda mengetuk tongkatnya sekali ke laluan batu. "Beta tak pernah nampak sesiapa buat begitu untuk dia." Dia diam lama. "Maria. Batalkan kenyataan itu. Sediakan yang baru. Azura akan tulis sendiri."
Dia berpaling dan berjalan pergi, tongkat berbunyi di atas batu.
Sebelum dia hilang di sebalik pokok, dia berhenti sekejap, tanpa menoleh.
"Dan Azura. Kalau kamu tak mahu makan sambal, jangan ambil. Beta dah tua. Beta tak larat tengok kamu tolak benda tu ke tepi pinggan lagi."
Saya sedar bahawa beberapa hari kebelakangan ini, e-mel peribadi saya telah didedahkan kepada umum tanpa izin saya.
Saya tidak akan menafikan kandungannya.
E-mel itu ditulis oleh saya. Perasaan di dalamnya adalah milik saya. Dan seseorang yang saya tulis kepadanya adalah seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya.
Saya telah menghabiskan sebahagian besar hidup saya berusaha menjadi seorang puteri yang sempurna di hadapan kamera. Mulai hari ini, saya memilih untuk menjadi seorang puteri yang jujur.
Saya mohon agar privasi kami dihormati, dan agar hubungan baik antara Negeri Seri Indera dan Republik Marenna terus kekal.
Terima kasih.
Azura
Azura membaca kenyataan itu sendiri di tangga hadapan Istana Seri Indera, di hadapan dua ratus wartawan dari seluruh dunia. Dia berbaju kurung moden putih dari satin berkilat, leher berbentuk lubang kunci kecil, dihiasi kerongsang kristal yang bertaburan di dada dan kain. Kain sarungnya berbelah di hadapan. Selendang organza nipis bertepi kerawang beralun di bahunya, dan rambutnya diikal lembut melepasi bahu. Kasut tumit merah jambu pucat. Jam tangan perak. Putih. Bukan warna protokol, bukan warna diraja. Warna halaman yang belum ditulis. Nik tak pasti sama ada itu sengaja. Dia agak pasti ya.
Nik berdiri di tepi, di belakang barisan pengawal, dengan Theo di sebelahnya yang baru tiba dengan penerbangan pagi dan masih memakai baju semalam.
Bila Azura selesai membaca, wartawan mula menjerit soalan. Azura tidak menjawab satu pun. Sebaliknya, dia melipat kertasnya dengan kemas, menoleh ke tepi tangga, dan memandang Nik.
Kemudian, di hadapan dua ratus kamera, Tengku Puteri Azura menghulurkan tangannya.
Nik berjalan ke arahnya. Dia tak ingat langkah-langkahnya. Dia hanya ingat dia sampai, dan mengambil tangan itu, dan Azura menggenggamnya, erat, dan berpaling bersama Nik menghadap kamera.
Dan tersenyum.
Bukan senyuman latihan. Senyuman wad kanak-kanak. Senyuman roti bakar kaya pada pukul satu pagi. Senyuman yang sampai ke mata.
Klik. Klik. Klik klik klik klik.
Di sebelahnya, Theo berbisik, "Nik. Say something. Anything. You always have something funny to say."
Nik buka mulut.
Dan buat pertama kali dalam hidupnya, Nikita Aulia tidak ada apa-apa yang kelakar untuk dikatakan.
Setahun kemudian.
Presiden Laila Aulia menang pilihan raya dengan majoriti yang lebih besar daripada penggal pertamanya. Menurut Theo, kempen itu mendapat "a very unexpected boost from the youth vote and also from approximately four million people who made fan edits." Perjanjian perdagangan dengan Seri Indera diperbaharui untuk sepuluh tahun lagi.
Sultanah Bonda Zaleha masih memandang Nik macam dia mahu memasukkannya ke dalam meriam. Tapi sekarang, setiap kali Nik datang ke istana, ada sepinggan kecil sambal udang petai di tempat duduknya. Tiada siapa yang mengaku menyuruh tukang masak menyediakannya.
Hafiz sudah habis membaca siri lanun itu. Nik hadiahkan dia siri baru, tentang seorang kapten kapal angkasa. Hafiz menerimanya dengan anggukan satu kali, dan seminggu kemudian, Azura memberitahu Nik bahawa Hafiz sudah sampai buku ketiga.
Dan pada petang ulang tahun pertama insiden kek itu, di beranda Teratak Tanjung Kemuning, Nik meletakkan sebuah kotak kecil di atas meja. Dia memakai gaun putih luar bahu dengan cetakan bunga biru besar di sisi, reben baldu merah hati di rambut ekor kudanya, cermin mata berbingkai mata kucing dan subang emas berkedut. Gaun yang dia beli khas untuk petang ini, dan dia akan menafikannya sampai mati.
"What's this?" tanya Azura, curiga.
"Open it."
Azura buka. Di dalamnya, ada sebiji kek kecil. Satu tingkat. Putih dan emas. Dengan sekuntum bunga melur gula di atasnya.
"A safe one," kata Nik. "One tier. No structural risk. I asked the baker."
Azura memandang kek itu lama. Kemudian dia memandang Nik, dan Nik nampak matanya berkaca.
"Happy cake-iversary, Kak Zura," kata Nik.
"That is a terrible word."
"You love it."
"I love you," kata Azura, macam itu sahaja, tenang dan tepat, macam dia sedang membaca kenyataan rasmi. "The word is still terrible."
Nik tak tahu nak cakap apa. Jadi dia buat apa yang dia selalu buat bila tak tahu nak cakap apa.
Dia ambil bunga melur gula itu dari atas kek, dan letak di pipi Azura.
"There," katanya. "Now you look like the first night."
Azura memandangnya dengan wajah paling serius yang dia mampu. Kemudian dia ketawa, betul-betul ketawa, tangan menutup mulut, bahu bergegar, bunga melur gula masih melekat di pipi.
Di luar, ombak berbunyi. Di pintu pagar, Hafiz membalik halaman bukunya. Dan di beranda kecil itu, seorang puteri dan seorang anak presiden berkongsi sebiji kek satu tingkat, tanpa kamera, tanpa garis panduan, tanpa sambal.
Untuk sekali ini, tiada apa-apa yang jatuh.
TAMAT























