ENAM BULAN

A NIKZURA FANFIC

by CapOkayTaec Pi Cheolin Desk Assistant on Twitter

Rating
Teen And Up Audiences
Amaran
Major Character Death
Pasangan
Nikita Aulia / Azura Adnan
AU
Me Before You
Azura
Azura AdnanDua tahun langsir tak dibuka
Nik
Nikita AuliaPenjaga baru, kontrak enam bulan

Gambar Azura dan Nik ialah rujukan fancast daripada gambar awam pelakon, untuk rupa watak sahaja. Kredit kepada jurugambar asal.

Kafe tempat Nik kerja enam tahun tutup tanpa amaran. Satu-satunya kerja yang gaji dia berbaloi: jaga Azura Adnan, perempuan yang dulu panjat Kinabalu pukul dua pagi, dan sekarang tak benarkan sesiapa buka langsir bilik dia.

Kontrak dia enam bulan. Nik ingat tu cuma tempoh kerja. Rupanya tu tarikh Kak Zura nak pergi.

● Azura ● Nik ● Lain-lain

Tekan butang 📌 kat hujung babak untuk tengok moodboard. Ada benda dalam cerita ni yang boleh ditekan.

Hari Isnin tu Kafe Sri Kenanga tutup terus. Owner gantung kertas "TUTUP" kat pintu, bagi duit gaji last, dan tu je. Enam tahun Nik kerja situ, habis macam tu.

Dia duduk kat tangga belakang kafe, apron masih tersangkut kat leher, terus call Qhay.

"Babe, I'm literally on a run," Qhay tercungap. "I tengah kejar rekod laju I kat laluan Taman Tasik ni. Can this wait?"

"Kafe tutup. I dah takde kerja."

Senyap kejap. Nik dengar bunyi tapak kasut Qhay makin slow, dan dia sempat la berharap Qhay nak tanya dia okay ke tak.

"Okay so just take whatever job lah. Seriously, you know I tak boleh nak cover dinner kita every week. I ada race bulan depan, I kena save for my new shoes." Bunyi Qhay tekan-tekan jam. "Ugh. Dah la, pace I drop sebab you. Nanti Strava I hodoh. Oh, and nanti I upload, jangan lupa tekan kudos tau."

"Okay."

"Love you, bye."

Qhay letak dulu. Macam biasa.

Lima belas minit lepas tu, phone Nik berbunyi.

👟Stravasekarang
Qhaylisya just completed a Morning Run
"Rough day but I still showed up 💪 #NoExcuses"

Nik tekan butang kudos, butang "like" dalam Strava yang Qhay kira hari-hari macam markah peperiksaan. Macam biasa juga.

Malam tu Nik scroll iklan kerja sampai mata pedih. Satu je yang buat dia berhenti. Penjaga peribadi. Kontrak enam bulan. Tiada pengalaman diperlukan. Gaji dia double gaji kafe. Nik baca banyak kali sebab rasa macam scam.

Rupanya bukan scam. Rumah tu atas bukit, pagar hitam tinggi gila, ada CCTV kat setiap sudut. Nik pakai kardigan kuning dengan butang kumbang kura-kura sebab dia rasa nampak "friendly". Bila pintu dibuka oleh seorang wanita pakai baju kurung sutera, Nik terus rasa macam salah outfit.

"Nikita?" Wanita tu tengok butang kardigan dia lama sikit. "Masuk."

Puan tu tak banyak cakap. Tanya Nik boleh sabar ke. Nik kata boleh. Tanya Nik cepat terasa ke. Nik kata tak. Lepas tu tanya boleh start esok ke, dan Nik terkebil-kebil sebab tak sangka secepat tu.

"Enam bulan," Puan cakap. Cara dia sebut tu pelik sikit, macam dia tengah kira hari.

Bilik Azura menghadap taman, tapi langsir tutup rapat. Gelap.

Azura duduk atas kerusi roda, belakangkan pintu. Rambut dia kemas, kemas sangat, macam orang lain yang sikat. Dia tak toleh pun bila Nik masuk.

"Hi! I Nik," kata Nik, kuat sangat. "I'm the new... I'm here to help. With anything. Kak Zura nak air ke? Kat dapur ada 100 Plus, sejuk lagi..."

"I don't drink fizzy drinks."

Suara dia perlahan, tenang. Lagi seram dari kena tengking.

"Oh. Okay. Teh?"

Azura pusingkan kerusi roda dia. Dia tengok Nik dari kepala sampai kaki, dan stop lama kat butang kumbang kura-kura tu.

"Who said you can call me Kak Zura?"

"Sorry. Puan Azura?"

"Don't. That's worse." Dia pusing balik menghadap langsir. "Mama dah hire empat orang tahun ni. Yang paling lama, sebelas hari."

Nik tak tahu nak jawab apa, so dia buat benda yang dia selalu buat bila nervous. Membebel.

"Well, I'm very bad at quitting. I kerja kafe tu enam tahun, and kafe tu yang quit dulu, bukan I. So."

Azura diam.

Masa tu la Nik perasan. Ibu jari kanan Azura terangkat sikit, macam nak naik ke mulut, lepas tu jatuh balik. Kuku dia pendek dan kemas, tapi hujung dia ada kesan macam selalu digigit dulu.

Tabiat lama agaknya. Badan dia masih ingat, cuma tak sampai.

"You won't last a week," kata Azura, masih tak pandang dia.

Nik letak beg atas kerusi tepi pintu, betulkan kardigan, senyum walaupun Azura tak nampak.

"Bet, Kak Zura."

Azura tak betulkan dia kali ni.

📌 Moodboard: hari pertamaTutup moodboard
Kardigan kuning, butang kumbang kura-kura
Kardigan kuningbutang kumbang kura-kura

📌 @ectonc6589

Moodboard

📌 @beasleybeaver

Masuk minggu kedua, Puan minta Nik tidur bilik sebelah hari-hari kerja. Penjaga malam yang lama dah berhenti, dan susah nak cari ganti.

Malam tu Nik baru nak lena bila dengar Azura menjerit.

Nik terus lari, tersadung kat pintu, tekan suis lampu utama. Bilik terus terang benderang. Azura terbaring dengan mata terbeliak, nafas laju-laju, dahi basah dengan peluh.

"Kak Zura! Kak Zura, you okay? Sakit kat mana?"

Nik pegang bahu dia.

"Don't touch me!"

Nik terus tarik tangan. Dia berdiri tercegat tepi katil, tak tahu nak letak tangan kat mana.

"Tutup lampu tu," suara Azura bergetar. "Tutup. Now."

Nik tutup. Dalam gelap, dia dengar Azura cuba tenangkan nafas, tapi tak jadi-jadi.

Malam tu hujan lebat.

Azura keluar dari lobi office, phone kat telinga, tengah gaduh dengan klien Singapura. Teksi dia tunggu kat seberang jalan. Dia tak tunggu lampu hijau. Dia memang jenis tak reti tunggu.

Yang dia ingat, lampu kereta tu terang sangat. Brek dia bunyi lambat sangat. Phone dia tercampak masuk longkang, masih menyala, klien tu masih panggil-panggil nama dia.

Dia ingat pipi dia kena jalan yang basah. Dia ingat dia cuba bangun.

Badan dia tak dengar cakap.

Esok pagi Azura buat macam takde apa jadi. Nik pun tak berani sebut.

Petang tu Nik kemas rak buku. Dia susun buku nipis sebelah buku tebal sebab nampak lagi cantik. Itu je.

Azura nampak.

"Who told you to touch my things?"

"Sorry, I cuma nak kemaskan..."

"Get out."

"Kak Zura, I..."

Azura tolak joystick kerusi roda dia. Kerusi tu terus meluru, hentam rak. Bingkai gambar jatuh, kaca retak, buku bersepah atas lantai. Salah satu gambar tu, Azura kat puncak Kinabalu, papan tanda Low's Peak belakang dia, rambut kusut kena angin, tengah gelak.

"I said get out!"

Nik keluar. Dia berdiri kat koridor, tangan menggeletar. Dia buka WhatsApp Qhay, nak taip yang dia nak berhenti kerja.

Mesej last Qhay, sejam lepas:

Gambar profil Qhay 📌 @linneaahansenn

Nik tutup phone.

📌 Moodboard: malam tuTutup moodboard
Malam tu hujan lebat, dia tak tunggu lampu hijau
Malam tu hujan lebatdia tak tunggu lampu hijau

📌 @rochellexyz

Moodboard

📌 @katshui

Langsir tutup rapat, bilik Azura
Langsir tutup rapatbilik Azura

📌 @snoozegeek

Moodboard

📌 @munpiee

Masuk minggu keempat, Nik dah mula faham sikit-sikit.

Kalau Azura menjerit dalam tidur, Nik tak buka lampu besar dah. Dia buka lampu tidur kecil kat sudut bilik, yang kuning malap tu. Dia tak sentuh Azura. Dia duduk kat kerusi tepi katil, dekat tapi tak terlalu dekat.

Lepas tu dia membebel. Pasal apa-apa je.

"Tadi kucing jiran tu duduk atas kereta Puan lagi. I rasa dia ingat kereta tu dia punya. Confident gila."

Azura tak jawab, tapi nafas dia makin slow.

"Lepas tu dia jatuh. Terus dia jilat badan buat-buat takde apa. Typical."

Lama senyap. Lepas tu, dari dalam gelap:

"...Kucing oren?"

"Haah. Gemuk."

"Memang dia." Suara Azura serak, tapi dah tak menggeletar. "Dah tiga tahun dia buat kereta Mama macam rumah sendiri."

Nik tersengih dalam gelap. Malam tu dia duduk kat kerusi tu sampai pagi.

Azura pun berubah sikit-sikit.

Satu pagi, Nik masuk bawa dulang sarapan. Azura tengah pandang tingkap.

"Nik."

Pertama kali dia panggil nama Nik.

"Ya?"

"Hari ni... bad day." Dia macam susah nak cakap. "Kalau I marah, it's not you."

Nik letak dulang perlahan. Dia selak langsir separuh je, bagi cahaya masuk sikit tapi tak silau.

"Okay. I duduk luar. Panggil kalau nak apa-apa."

Petang tu Azura memang angin. Dua kali dia halau Nik keluar. Tapi kali ketiga Nik jenguk, Azura tak halau dah.

"Bingkai gambar tu. Yang I pecahkan hari tu."

"Yang kat Kinabalu tu?"

"Mama dah tukar kaca. You letak la balik kat rak." Dia diam kejap. "Sebelah buku nipis tu. You were right. Memang lagi cantik."

Nik ambil gambar tu. Dia tengok lama sikit. Azura dalam gambar tu nampak macam orang lain langsung.

"Sejuk ke atas tu?"

"Gila sejuk. Jari I kebas. Naik pukul dua pagi, sampai puncak tepat-tepat matahari naik." Suara dia perlahan. "Best view I pernah tengok."

Nik letak gambar tu kat tempat dia, sebelah buku nipis.

📌 Moodboard: kucing orenTutup moodboard
Kucing oren, kereta Mama tu dia punya
Kucing orenkereta Mama tu dia punya

📌 @moongirl80

Pak Mat, driver family, cuti seminggu sebab anak dia kahwin. So Puan serah kunci van OKU kat Nik.

"You boleh drive van kan?"

"Boleh, Puan," Nik jawab yakin. Padahal last dia bawa benda besar masa tolong pakcik dia pindah rumah, dan masa tu dia langgar tong sampah.

Hari pertama, Nik reverse keluar porch.

Prakk.

"...Apa tu?" Azura tanya dari belakang.

"Takde apa."

"Nik."

"Pasu. Pasu je. Pasu kecik."

Azura toleh tengok luar. Pasu bunga kertas Puan yang paling besar dah terbaring macam mangsa accident.

"That is not a small pasu. That pasu is older than you."

"Okay, so I'll buy a new one!"

"With what money? Gaji you bulan ni habis la ganti pasu tu." Azura sandar. "Where did you get your license, Nik? Kotak cereal?"

"Ish, I lulus first try okay!"

"Mesti examiner tu kesian kat you."

Nik tekan minyak sebab geram. Van terlompat. Azura terdiam.

"Sorry, sorry, sorry!"

Sepanjang jalan ke klinik, Nik bawa 40. Motor potong. Basikal pun potong. Ada makcik bawa Kancil siap hon panjang.

"Nik. Even the makcik is judging you."

"Biar la dia. Safety first, Kak Zura."

"At this speed, I'll miss my appointment and my next birthday."

Nik nak marah, tapi dia jeling cermin. Azura tengah pandang luar tingkap, bibir terketar tahan gelak.

"Eh, you gelak ke?"

"No."

"You gelak! I nampak!"

"Eyes on the road, Nikita. Please. I dah cukup lumpuh, jangan tambah."

Nik diam. Tak sampai lima saat, dua-dua pecah gelak sampai Nik kena berhenti tepi jalan sebab mata berair tak nampak jalan.

Malam tu Puan balik, tengok pasu dia. Pandang Nik. Nik pandang lantai.

Dari dalam bilik, Azura jerit, "Mama, it was the cat!"

Azura guna laptop dengan voice control. Kadang-kadang dia minta Nik tolong scroll, atau baca email yang panjang sangat.

Petang tu Nik tengah scroll inbox untuk dia bila satu notification masuk kat penjuru skrin.

✉Rheinlicht Foundation · Baselbaru tadiConfirmation of your appointment: accompanied voluntary deathDear Ms Azura Adnan, our doctor has reviewed your medical reports and…Tekan untuk baca penuh

Dear Ms Azura Adnan,

Our doctor has reviewed your medical reports, and we can confirm your appointment for an accompanied voluntary death (assisted suicide) at our Basel house, six months from the date of this email.

As required under Swiss practice, the medication will be prepared by our doctor, but you will take it yourself, and only after confirming your wish again on the day.

You may postpone or cancel at any time, right up to the last moment. Nobody will ask you why.

With care,
Rheinlicht Foundation

Nik tak sengaja baca. Mata dia yang baca dulu sebelum otak sempat suruh berhenti. Tarikh dalam email tu, kalau dikira, tepat enam bulan dari hari pertama Nik masuk kerja.

Tangan dia berhenti atas trackpad.

Azura tak tanya kenapa. Azura dah nampak apa yang Nik nampak.

"Yes," kata dia, tenang. Tenang sangat. "That's what the six months are for. Mama tak bagitahu you?"

"Apa... apa maksud you?"

"Assisted suicide. Kat Switzerland, benda tu legal, and diorang terima orang dari luar negara. Doktor sediakan ubat, tapi I sendiri yang kena ambil. Tu syarat dia." Azura cakap macam tengah baca minit mesyuarat. "I dah apply lama. Mama minta I bagi dia enam bulan. I bagi." Azura pandang langsir. "So you're not here to fix me, Nik. You're here to keep Mama company sampai tarikh tu."

Nik tutup laptop perlahan-lahan. Dia keluar bilik tanpa cakap apa-apa.

Dia jumpa Puan kat dapur. Puan tak nafikan pun. Puan cuma duduk, pegang cawan teh yang dah sejuk, dan cakap dengan suara yang dah nak pecah.

"I ambil budak tu sebab dia lain sikit. Manalah tahu dia boleh buat Azura nak terus hidup."

Malam tu Nik dinner dengan Qhay kat restoran yang Qhay pilih, sebab setiap menu dia tulis kalori sekali, sampai ke sudu terakhir.

"Qhay. I nak cerita sikit pasal kerja I."

"Kejap, babe." Qhay tunjuk phone. "Tengok ni. I nombor satu dalam Strava untuk laluan Bukit Gasing. Perempuan paling laju, babe. Takde siapa boleh potong."

"Wow."

"And ada sorang mamat ni, tiba-tiba laju sepuluh saat dari I kat laluan Jalan Duta. Mesti dia naik motor. Mesti." Qhay scroll lagi. "I dah block dia. Takde kudos untuk dia."

"Qhay, Kak Zura tu..."

"Oh my god, kenapa you panggil dia Kak? She's your boss, not your kakak." Qhay gelak, lepas tu tengok pinggan Nik. "You nak habiskan ke kentang tu? Kalau tak, jangan la. Carbs malam-malam."

Nik letak garpu.

Sampai rumah, dia buka buku nota kecil dia, tulis besar-besar kat page pertama:

BENDA YANG BOLEH BUAT KAK ZURA NAK HIDUP.

(page 1)

Lepas tu dia tengok ayat tu, dan nangis.

Senarai tu start dengan benda kecik-kecik.

Taman bunga hujung bandar. Azura duduk bawah pokok, tak cakap sepatah pun empat puluh minit. Nik kira tu menang sebab Azura tak minta balik.

Pasar malam. Nik beli keropok lekor pedas, sua satu kat Azura.

"I don't eat spicy food."

"Satu je. Sikit je."

"Nik."

"Okay, okay." Nik makan sendiri, lepas tu tersedak sampai berair mata. Azura tengok muka dia tanpa ekspresi, tapi hujung bibir dia naik sikit.

"That's karma."

Lepas tu panggung kecik yang tayang filem lama. Azura yang pilih, filem Perancis, ada subtitle, dua jam lebih. Nik masuk dengan muka confirm nak tidur. Keluar dengan mata merah.

"Kenapa you tak pernah cakap filem macam ni wujud?"

"You tak pernah tanya." Azura pandang dia bawah lampu jalan. "Umur you berapa, Nik?"

"Dua puluh enam."

"Pernah keluar negara?"

"...Singapura. Sekali. Rombongan sekolah."

"Naik gunung?"

"Bukit Broga. Separuh jalan. I takut tinggi, okay."

Azura diam kejap. Bila dia cakap, suara dia lembut sikit dari biasa.

"You ada satu life je, Nik. You know that, right? Jangan habiskan dalam bandar kecik ni sebab you takut."

"Cakap macam you tu..." Nik berhenti. Dah terlepas.

Azura senyum, tapi senyum dia penat.

"I know. That's exactly why I'm saying it."

Dalam van masa balik, Azura tanya tanpa pandang dia.

"Nik. Taman, pasar malam, filem. Is this a list?"

Nik genggam stereng kuat-kuat.

"...Maybe."

"Hm." Azura tengok luar. "Okay. Apa next dalam list tu?"

BENDA YANG BOLEH BUAT KAK ZURA NAK HIDUP.

tick sendiri, Nik takkan marah

Cook cuti, so Nik volunteer masak lunch. Nasi goreng kampung. Versi tak pedas, khas untuk Kak Zura.

Pagi tu dia ada ambil satu balang kaca dari peti ais rumah Mak, ingatkan kicap manis pekat. Warna gelap, okay la tu.

Dia tak check.

Suapan pertama masuk mulut Azura. Azura kunyah.

Muka dia merah. Makin merah. Mata dia mula berair.

"...Nik."

"Sedap kan? Resepi Mak I tu."

"Nik. Apa you letak dalam ni?"

Nik tengok balang tu. Ada label Mak tulis guna marker. SAMBAL ROA. JGN SENTUH.

"Oh no."

"OH NO??"

Nik panik, capai benda paling dekat dalam peti ais, buka, cucuk straw, hulur.

Azura tengok tin tu.

"100 Plus???"

"Sorry! Reflex! I panik!"

"I don't drink fizzy drinks and I don't eat spicy food and you just combined both in one lunch, Nik, are you trying to kill me before Switzerland??"

Dua-dua terdiam. Ayat tu terkeluar macam tu je.

Lepas tu Azura, mata berair, hidung merah, terus gelak sampai terbatuk-batuk. Nik pun gelak, separuh lega separuh nak nangis, sambil selongkar peti ais cari susu macam orang gila.

"Susu! Susu boleh hilangkan pedas, I tengok kat TikTok!"

"Since when you jadi pakar TikTok?"

"Since you jadi drama queen!"

Lepas Azura dah okay, habis susu dua gelas, dia pandang nasi goreng tu lama.

"Actually..."

"Jangan."

"Sedap. Kalau tak pedas."

"Kak Zura, jangan buat I rasa bersalah guna compliment."

"Next time, baca label." Azura jeling balang sambal tu. "Jangan sentuh. Mak you dah warning. Huruf besar. You still sentuh."

"Mak I tulis macam tu kat semua benda. Bekas biskut Raya pun dia tulis."

"I like your mother already."

On the way ke KL, Nik buka radio. Keluar lagu Siti Nurhaliza yang orang selalu nyanyi masa karaoke kenduri.

Nik terus kuatkan.

"Nik, no."

"Nik, yes."

Dan dia nyanyi. Full feeling. Tangan kiri buat gaya pegang mic. Suara dia, jujur cakap, satu not pun tak masuk.

"Turn it off."

"Ni warm-up, Kak Zura! Untuk malam ni!"

"That's not warm-up, that's a crime. Band jazz tu dengar dari jauh terus cancel show."

Nik naikkan lagi volume. Masuk part tinggi. Nik cuba capai, suara dia pecah macam ayam kena kejar.

Azura pejam mata. "This is why I want to go to Switzerland."

"KAK ZURA!"

"I'm joking! I'm joking." Tapi dia tersengih lebar. "Okay, fine. Ulang part tu."

"Hah?"

"Part tinggi tu. You salah not. Turun sikit."

Nik ulang. Turun sikit. Masih salah.

"Turun lagi."

Nik turun lagi. Masih salah, tapi kurang teruk.

"Hm. Better. Still a crime, but now like a small crime. Macam curi gula-gula."

"Wait. You pandai nyanyi ke?"

Azura diam kejap. "I masuk choir. Dulu. Sekolah."

"NO WAY."

"Way."

"Nyanyi la!"

"Absolutely not."

"Please? Satu line je?"

"Nik, focus. Kita dah lambat."

Tapi masa korus last, Nik dengar suara perlahan dari belakang. Azura nyanyi bawah nafas, dan setiap not masuk.

Nik tak kacau. Dia slowkan van sikit, biar lagu tu lambat habis.

Malam jazz tu kat rooftop bar sebuah hotel. Dulu Azura selalu datang sini lepas habis deal besar, kata dia. Dah dua tahun dia tak jejak.

Nik takde baju yang sesuai, so dia pinjam kebaya maroon sepupu dia, yang sepupu dia pakai masa majlis tunang tahun lepas. Kain dia berkilat warna tembaga kalau kena lampu, tepi dia ada renda, siap kerongsang kristal besar kat pinggang. Ketat sikit kat lengan. Clutch silver tu pun pinjam juga. Rambut kerinting dia, Nik sanggul tinggi, biar beberapa helai jatuh kat dahi sebab tak sempat nak betulkan.

Dua puluh minit dia berdiri depan cermin, tiga kali nak tukar baju.

Bila dia masuk bilik Azura, Azura terhenti tengah ayat.

"...Too much ke?"

Azura tak jawab, lama.

"No," akhirnya. "Pakai dengan yakin. Jangan tarik bahu macam you nak minta maaf."

Nik turunkan bahu. Azura masih tengok, dari rambut yang jatuh kat dahi tu sampai ke kerongsang kat pinggang, dan balik naik semula.

Sebelum keluar Nik send gambar kat Qhay. Dua minit lepas tu:

Nik off phone.

Lif naik sampai tingkat tiga puluh lapan. Bila pintu lif buka, Nik nampak dinding kaca dan seluruh KL kat bawah, berkelip-kelip. Kaki dia terus jadi lembik.

"Oh. Takut tinggi," kata Azura, dan buat pertama kali suara dia macam tengah enjoy.

"I okay. I okay je." Nik pegang belakang kerusi roda kuat-kuat. "Asalkan I tak tengok bawah."

"Then look at me."

Nik tengok dia.

Band tu main lagu-lagu lama yang Nik tak pernah dengar. Saxophone dia perlahan, piano dia macam orang tengah bercerita. Nik tak faham sangat jazz, tapi entah kenapa dada dia rasa sebak.

Separuh jalan, dia toleh. Azura bukan tengok band. Azura tengok dia.

Dalam van, kat parking bawah tanah hotel tu, Azura minta Nik jangan start enjin dulu.

"Kenapa?"

"Sebab bila you start enjin, kita balik. Bila balik, I jadi perempuan atas kerusi roda dalam bilik langsir tutup tu balik." Dia pejam mata. "Bagi I lima minit. Lima minit je nak jadi orang yang baru lepas keluar date dengan perempuan pakai kebaya maroon."

"...Date?"

"Lima minit, Nik. Jangan rosakkan."

Nik tak start enjin. Dia duduk dalam gelap parking tu, tangan dia atas tangan Azura, lebih dari lima minit.

📌 Moodboard: tingkat tiga puluh lapanTutup moodboard
Tingkat 38, jangan tengok bawah. tengok I.
Tingkat 38jangan tengok bawah. tengok I.

📌 @glamourluv

Malam jazz
Malam jazz

📌 @crismetayer

Moodboard

📌 @cherylcharming

Birthday Nik jatuh hari Jumaat, dan semua orang lupa.

Mak tak call pagi tu. Adik dia tak WhatsApp. Qhay hantar satu mesej je:

Petang tu Puan suruh Nik pergi farmasi beli ubat yang, bila Nik fikir balik, langsung tak urgent. Bila Nik balik dan buka pintu rumah atas bukit tu, ruang tamu yang selalu sunyi tu penuh.

Mak ada. Adik ada. Pakcik (Mak) pun ada, entah macam mana. Bau rendang dari dapur Puan. Belon warna kuning, dengan corak kumbang kura-kura, bergayut kat siling.

Azura duduk kat tengah, muka selamba.

"Happy birthday. Mama yang cari nombor Mak you. I cuma bagi arahan."

"You... you buat ni?"

"I dah dua tahun tak plan apa-apa. I was getting rusty."

Nik tak tahu nak gelak ke nak nangis, so dia buat dua-dua.

Mak terus ambil alih dapur Puan macam dapur sendiri. Adik Nik asyik pandang kerusi roda sampai Nik sepak kaki dia bawah meja. Tapi Azura, yang selalu macam tembok, duduk dengar Mak cerita pasal Nik masa kecik yang pakai stoking kumbang kura-kura hari-hari sampai koyak.

"Menangis dua hari dia," kata Mak. "Dua hari! Tak nak pakai stoking lain."

"Mak," Nik merengek.

Azura gelak. Betul-betul gelak. Satu meja senyap kejap sebab terkejut, dan Puan, kat hujung meja, terus tunduk lap mata guna napkin.

Qhay sampai lambat sejam, masih pakai baju sukan, sebab Mak yang ajak.

"Sorry, sorry, I kena habiskan lari 15K dulu, kalau tak rekod lari hari-hari I putus." Dia cium pipi Nik, lepas tu scan Azura atas bawah. "Oh, so this is the boss."

"Kak Zura, ni Qhaylisya. Qhay, ni Kak Zura."

"Nice to meet you, Kayla," kata Azura.

"It's Qhay. Q-H-A-Y. Like 'Kay'."

"Of course. Sorry, Kayla."

Nik tunduk tengok pinggan, tahan senyum.

Masa buka hadiah, Qhay bagi sampul surat. Dalam tu, Strava subscription setahun, dan membership gym enam bulan. Gym yang sama dengan dia.

"So kita boleh compete! I dah create club untuk kita berdua. You kena ada stamina sikit, babe, you asyik penat je."

"Thanks," kata Nik.

Hadiah Azura berbalut kertas coklat, kemas. Mesti Puan yang tolong balut. Kad dia tulisan orang lain, tapi ayat dia confirm ayat Azura.

Untuk yang menangis dua hari. Dah besar, jangan menangis lagi.

Dalam tu, sepasang stoking panjang corak kumbang kura-kura. Saiz dewasa.

Nik pandang Azura. Azura buat muka selamba, tapi ibu jari dia terangkat sikit.

"Macam mana you tahu?" bisik Nik. "Mak baru cerita tadi."

"You pernah cerita. Minggu ketiga. Masa I tak boleh tidur dan you cerita semua benda dalam dunia." Dia diam kejap. "I dengar, Nik. I always listen."

Qhay tengok stoking tu, tengok Azura, tengok Nik.

Lepas tu dia keluarkan phone dan check Strava. Sebab tu je benda yang dia tahu buat bila dia tak tahu nak cakap apa.

📌 Moodboard: birthdayTutup moodboard
Stoking kumbang kura-kura, saiz dewasa
Stoking kumbang kura-kurasaiz dewasa

📌 @angelcakees

Esok pagi, Nik bangun dengan 47 notification WhatsApp.

Mak dah add Azura dalam group Family Nik 💐💐. Tak tanya pun. Nombor dia minta dari Puan masa party semalam.

Pakcik (Mak) tu bukan pakcik betul pun. Sepupu jauh, umur tiga puluh lebih, Mak yang save nama dia macam tu. Sampai sekarang takde siapa ingat siapa yang add dia dalam group ni.

Nik terus lari ke bilik Azura. Azura dah bangun, phone atas stand, tengah guna voice-to-text.

"Kak Zura, sorry sangat, Mak I memang macam tu, you left je group tu..."

"Shh. I'm replying."

"Replying?"

Azura cakap kat phone, sopan gila, macam tengah bagi ucapan majlis. "Selamat pagi, Mak Cik. Terima kasih sebab datang semalam. Rendang Mak Cik sangat sedap."

Nik tak tahan. Dia tergelak, tutup mulut, tapi bahu dia bergegar.

Azura jeling dia, mata masih kat phone. "Nik, jangan gelak. I tengah serius ni. Nik. Nik. Stop it. Okay, send."

Nik tengok skrin. Yang keluar, satu-satu perkataan, dan dah pun dihantar:

🎙️
✓✓ Dihantar ke Family Nik 💐💐

"...Kak Zura."

"What?"

"Semua tu masuk. Sampai 'okay send' pun masuk."

Azura tengok skrin. Muka dia yang selalu cool macam CEO tu terus pucat.

"No. No no no. Delete. Nik, delete!"

"I can't! Dah sent! Dah blue tick!"

Phone berbunyi. Mak dah reply.

Azura tengok semua tu dengan muka orang kalah perang.

"Your family is insane."

"I know."

"I'm not leaving the group."

"...Wait, what?"

Azura pandang tingkap. "Mak you hantar gambar bunga tiap pagi. Pukul enam." Dia diam. "Best la. Ada benda nak tengok bila bangun."

Nik terus keluar bilik cepat-cepat sebab tak nak Azura nampak dia nak nangis.

Malam tu Mak WhatsApp Nik personal:

Gambar profil Mak 📌 @hakhakhak025

Lama juga Nik baca mesej tu sebelum boleh tidur.

Kad jemputan sampai, hitam dan emas. Majlis ulang tahun ke-10 firma lama Azura. Firma yang Azura tolong bina dari bilik sewa kecik sampai jadi satu tingkat penuh kat KLCC.

Kat bawah kad tu, nama yang tandatangan: Faris Hakimi, Managing Partner.

Ex-tunang Azura. Yang putuskan pertunangan tiga bulan lepas accident, dan ambil kerusi Azura dalam firma tu tak sampai setahun lepas tu.

"Kita pergi," kata Nik.

"Tak."

"Kita pergi, Kak Zura. Dan you akan jadi orang paling lawa dalam dewan tu."

"Nik. Semua orang dalam dewan tu kenal I sebelum ni. You tahu tak macam mana diorang akan pandang I?"

"Biar la diorang pandang." Nik mencangkung depan kerusi roda, supaya mata diorang sama tinggi. "Firma tu separuh you punya. Biar diorang tengok you datang. Biar diorang tahu you tak menyorok."

Diorang pergi.

Orang memang tengok. Ada yang lama sangat, ada yang cepat-cepat alih mata. Faris naik pentas, bagi ucapan panjang pasal "the founding vision" dan "the team that built this", dan nama Azura tak keluar langsung.

Nik rasa nak naik pentas dan cabut mic.

Tapi lepas ucapan tu, tiga orang staf lama datang ke meja diorang. Seorang dah nangis sebelum sampai. "Cik Azura. Kami ingat lagi semua yang you ajar. Faris boleh cakap apa dia nak. Kami tahu siapa yang bina tempat ni."

Azura senyum, sopan habis. Bila Faris datang salam dengan muka rasa bersalah, Azura senyum kat dia juga, cara yang sama, sampai lelaki tu berpeluh.

Bila lagu slow main, semua pasangan bangun menari. Nik tengok lantai tarian, lepas tu tengok Azura.

"Kak Zura. Boleh I duduk?"

"Duduk mana?"

Nik tak jawab. Dia duduk atas riba Azura, hati-hati, tangan atas bahu Azura. Lepas tu dia tolak joystick kerusi roda guna jari dia sendiri.

Kerusi tu bergerak ke tengah lantai, betul-betul depan meja Faris, dan pusing perlahan-lahan.

"You gila," bisik Azura kat telinga dia.

"I tahu."

"Semua orang tengok."

"Biar."

Azura sandar dahi kat bahu Nik. Sampai habis lagu tu, dia tak peduli dah siapa yang tengok.

"Thank you," kata Azura lepas lagu habis. "For making me come."

Nik tak nak bangun dari riba tu. Dia takut kalau bangun, moment tu habis.

Race besar Qhay jatuh hari Ahad. Half marathon kat Putrajaya, start pukul lima pagi.

Kali ni Nik datang. Dia dah janji. Dia berdiri kat checkpoint kilometer lima belas, pegang poster yang Qhay suruh dia buat malam sebelum. Qhay siap check spelling.

GO QHAY!!RATU STRAVA 👑km 15

Pukul 5:47 pagi, phone Nik berbunyi.

Puanpanggilan masuk… 5:47 AM

Gambar profil Puan 📌 @vaclavkampasfotograf

"Nik. Azura nafas dia lain. Berat sangat. Ambulans dah on the way."

Nik tak fikir dua kali. Poster tu dia sandarkan kat tiang lampu, dan dia lari ke kereta.

Jangkitan paru-paru. Nik yang duduk atas kerusi plastik hospital tiga hari, tidur dengan kepala kat tepi katil, terjaga setiap kali mesin berbunyi.

Hari ketiga, Qhay muncul kat pintu wad. Masih pakai baju race, siap medal tergantung kat leher.

"Babe. Kita kena cakap. Kat luar."

Kat koridor, Qhay tunjuk phone. Gambar orang lain kat finish line, ramai, dengan family dan boyfriend girlfriend masing-masing. Qhay sorang-sorang.

"I dapat personal best, Nik. Masa paling laju I pernah lari. And takde siapa kat finish line. Poster you pun ada orang ambil gambar, tergantung kat tiang macam orang buang."

"I minta maaf. Kak Zura masuk..."

Qhay rampas buku nota yang terkeluar dari beg Nik atas kerusi. Selak-selak.

"Apa ni? Benda yang boleh buat Kak Zura nak hidup?" Dia selak lagi. "Switzerland? Oh my god. Dia nak..."

Qhay pandang Nik, dan Nik sempat ingat Qhay akan faham. Akan lembut sikit. Akan tanya dia okay ke tak.

"So you pilih dia over me. For a dying woman. Do you know how humiliating this is for me? Kawan-kawan club I semua tanya mana girlfriend I. I terpaksa post race recap I tanpa gambar dengan you."

Berdiri kat koridor hospital tu, bawah lampu kalimantang yang berdengung, baru Nik sedar benda yang dia patut sedar lama dah.

Enam tahun, tak pernah sekali Qhay tanya dia okay ke tak.

"Pasal you," kata Nik perlahan. "Semua benda mesti pasal you, Qhay. Laju you. Rekod you. Kudos you."

"Excuse me?"

Nik ambil balik buku nota tu dari tangan Qhay.

"Kita putus. Dan Qhay? Congrats on your personal best."

Malam tu, kat bilik air hospital, Nik buka Strava buat kali terakhir, dan unfollow. Lepas tu dia nangis sorang-sorang.

Pelik, sebab dia bukan nangis sebab Qhay. Dia nangis sebab lega.

Bila dia masuk balik wad, Azura dah terjaga, tengah tengok dia.

"You ni degil," suara Azura serak.

"You yang ajar."

"Nik." Azura tarik nafas, masih berat. "Kenapa you buat semua ni?"

Nik tak jawab. Jawapan dia besar sangat, dia tak tahu nak mula dari mana.

Ada satu lagi benda dalam list Nik. Dia tulis guna pen merah, bulatkan tiga kali.

BENDA YANG BOLEH BUAT KAK ZURA NAK HIDUP.

  • ☑ Taman bunga
  • ☑ Pasar malam
  • ☑ Filem lama
  • ☑ Jazz
  • ☑ Gala

TEMPAT SEJUK. KABUS.
KAK ZURA KENA RASA JARI KEBAS LAGI.

Bukan Kinabalu. Nik tahu tu mustahil sekarang. Tapi Cameron Highlands boleh. Dia cari resort yang mesra kerusi roda, call doktor Azura tiga kali, susun ubat dalam kotak ikut hari.

Jalan berliku naik bukit tu, Nik bawa van perlahan gila. Kali ni Azura tak kutuk pun.

Pagi kedua, pukul enam, Nik tolak kerusi roda Azura ke viewpoint kat tepi ladang teh. Kabus tebal, putih, macam awan turun duduk atas bukit. Sejuk sampai nafas keluar berasap.

Nik pakai stoking kumbang kura-kura bawah seluar track, dua lapis.

"You pakai stoking tu lagi," kata Azura.

"I pakai stoking ni hari-hari sejak birthday I."

"I tahu. I perasan."

Azura angkat muka, biar angin sejuk kena pipi dia. Mata dia pejam.

"Jari I tak boleh rasa sejuk dah," dia cakap. "Tapi muka I boleh. Ni cukup."

Lama diorang diam. Kabus tu bergerak perlahan, nampak ladang teh, hilang balik.

"Kak Zura."

"Hm."

"I love you."

Azura tak terkejut pun. Macam dia dah lama tahu, dan dah lama takut Nik akan cakap.

"I love you too, Nik," dia jawab, perlahan. "Tapi tak cukup."

Nik rasa macam kena tumbuk.

"Apa maksud you tak cukup?"

"Maksudnya, I still nak pergi Basel."

"Tapi..." Nik bangun, kaki tersepak batu kecik. "Tapi you happy. I nampak. Jazz tu. Gala tu. Birthday I. You gelak, Kak Zura. You gelak depan Mak I!"

"I tahu."

"So kenapa?"

Azura tengok kabus. Suara dia tenang, dan tu yang buat Nik lagi takut.

"Sebab I ingat siapa I dulu. I ingat naik Kinabalu pukul dua pagi. I ingat lari dalam hujan. I ingat gigit kuku bila stress sebelum meeting besar." Ibu jari dia terangkat sikit, jatuh. "Tiap pagi I bangun, dan untuk dua saat I lupa. Lepas tu I ingat balik. Tiap-tiap pagi, Nik. Macam I hilang badan I sekali lagi setiap pagi."

"I boleh tolong. I ada. Tiap pagi."

"I know you would." Azura pandang dia, mata dah basah. "Tu la masalahnya. You akan ada tiap pagi, bertahun-tahun. You akan habiskan life you yang satu tu dalam bilik langsir tutup dengan I. You takkan naik gunung. You takkan tengok dunia. You akan jadi caretaker I sampai you lupa you pernah jadi orang lain."

"I tak kisah!"

"I kisah." Suara Azura pecah. "I kisah, Nik. I tak nak jadi sebab you berhenti hidup."

Nik berdiri situ dalam kabus, dada sakit sampai susah nak bernafas. Lepas tu dia pusing dan jalan pergi, masuk dalam putih tu, sampai dia tak nampak Azura dan Azura tak nampak dia.

Perjalanan turun bukit esoknya senyap. Tiga jam, satu lagu pun Nik tak pasang.

Sampai rumah atas bukit, dia bagi surat resign kat Puan dan terus jalan, tak toleh belakang.

📌 Moodboard: kabusTutup moodboard
Cameron Highlands, pukul enam pagi
Cameron Highlandspukul enam pagi

📌 @gutomgutom3

Moodboard

📌 @Graduatedtravelers

Dua minggu lepas tu, Mak jumpa Nik duduk atas lantai bilik dia, pegang stoking kumbang kura-kura.

"Esok ke?" Mak tanya.

Nik angguk. Tak payah tanya Mak tahu dari mana. Azura masih dalam group. Mak masih hantar gambar bunga kat dia tiap pagi, dan semalam, buat pertama kali, Azura tak reply.

"Nik." Mak duduk sebelah dia, lutut berbunyi. "Mak tak setuju dengan apa dia pilih. Mak tak faham pun. Tapi Mak tahu satu benda."

"Apa?"

"Kalau Nik tak pergi, Nik menyesal sampai bila-bila. Bukan sebab Nik boleh ubah apa-apa. Sebab dia akan sorang-sorang."

Flight paling murah ke Zurich yang Nik dapat ada dua transit. Lepas tu sejam lagi naik train ke Basel. Satu saat pun dia tak tidur.

Bilik tu terang, bersih, tenang. Tingkap dia besar, menghadap Sungai Rhine yang mengalir perlahan, warna hijau kelabu. Langsir terbuka luas, tak macam bilik Azura kat rumah.

Azura atas katil. Puan duduk tepi tingkap, dan bila dia nampak Nik kat pintu, dia tutup mulut dan nangis tanpa bunyi.

"You came," kata Azura.

"I'm very bad at quitting," kata Nik, suara pecah. "Ingat?"

Azura senyum. Kali ni senyum betul.

"Come here."

Nik naik atas katil, hati-hati. Kali ni dia tak duduk kat kerusi. Dia baring sebelah Azura, kepala atas bahu dia, pegang tangan dia.

"I'm sorry," bisik Nik. "Pasal Cameron tu. Sorry I tinggal you dalam kabus."

"Jangan minta maaf. You datang balik kan." Azura tarik nafas panjang. "Nik. Cerita la apa-apa."

"Cerita apa?"

"Apa-apa. Macam dulu. Masa I tak boleh tidur."

So Nik cerita. Pasal kucing oren yang masih tidur atas kereta Puan. Pasal Mak yang masih hantar gambar bunga pukul enam pagi, dan Pakcik (Mak) yang masih hantar gambar random tanpa konteks. Pasal adik dia yang fail ujian memandu dua kali. Pasal Qhay yang, menurut adik dia, sekarang tengah gaduh dengan satu makcik umur lima puluh lebih sebab makcik tu dah potong rekod dia, jadi nombor satu kat laluan Bukit Gasing dalam Strava.

Azura gelak sampai terbatuk. "Good. Bagi makcik tu kudos untuk I."

Dia dengar semua. Dia memang selalu dengar.

Tengah Nik bercerita, ibu jari Azura terangkat sikit lagi.

Kali ni Nik sambut. Dia pegang tangan tu, bawa ke bibir dia, cium hujung jari yang kuku dia pendek-pendek tu.

"Dah," bisik Nik. "Takpe. Tak payah risau dah."

Azura pejam mata.

"Nik."

"Ya, Kak Zura?"

"Thank you sebab panggil I macam tu. Dari hari pertama." Suara dia makin perlahan. "Even when I hated it."

"You tak pernah betul-betul benci pun."

"No," Azura mengaku. "I didn't."

Kat luar, Sungai Rhine terus mengalir, perlahan, tak peduli. Nik terus bercerita sampai suara dia habis, sampai takde cerita dah, sampai bilik tu senyap.

Dia tak lepas tangan Azura.

📌 Moodboard: BaselTutup moodboard
Sungai Rhine, langsir terbuka luas
Sungai Rhinelangsir terbuka luas

📌 @marlis07

Moodboard

📌 @baseltourism

Kat lapangan terbang Zurich, Puan bagi Nik satu sampul surat tebal. Siap pesan:

"Dia suruh you buka kat puncak Kinabalu. Jangan buka sebelum tu. Semua dah bayar. Permit, guide, Laban Rata. Dia booking sendiri, guna voice control, sebulan sebelum kita fly."

Tiga bulan lepas tu, Nik berdiri kat Timpohon Gate, kaki dah menggeletar sebelum langkah pertama.

Hari pertama, naik sampai Laban Rata. Lutut dia nak tercabut. Dia tak tengok bawah langsung. Malam tu dia tak boleh tidur, sejuk sangat, so dia baring dalam gelap dan cerita kat siling pasal kucing oren.

Pukul dua pagi, guide dia, Abang Jaimis, ketuk pintu. "Jom, kak. Kalau lambat, tak sempat tengok matahari."

Naik dalam gelap, guna lampu kepala, pegang tali. Jari dia kebas. Nafas dia pendek. Dua kali dia hampir patah balik. Dua kali dia dengar suara dalam kepala: You ada satu life je, Nik.

Dia sampai Low's Peak tepat-tepat langit mula jadi oren.

Papan tanda tu sama. Sama macam dalam gambar yang Azura pecahkan, yang Nik letak balik sebelah buku nipis. Nik berdiri kat tempat yang sama Azura pernah berdiri, dan kali ni dia tengok bawah. Awan kat bawah kaki dia. Dunia kat bawah awan tu.

Dia duduk atas batu, buka sampul surat dengan jari yang kebas.

Tulisan tu tulisan Puan. Tapi ayat dia, semua ayat Azura.

🐞untuk NikTekan untuk buka suratLipat balik surat

Nik,

Kalau you tengah baca ni, maksudnya you dah sampai atas. You yang takut tinggi. You yang separuh jalan kat Broga. Good. I tahu you degil, so I bet you nyaris patah balik dua kali.

Tengok la. Ni la view yang I cerita tu. I nak sangat you tengok sekali, sebab I tak boleh tunjuk sendiri.

I ada tinggalkan sikit untuk you. Mama dah uruskan. Cukup untuk you belajar apa you nak, pergi mana you nak. Lepas ni turun gunung, pergi tempat lain pula. Jangan guna duit tu beli hadiah untuk orang yang lebih sayang kudos dari sayang you. You tahu siapa I maksudkan.

You selalu cakap I yang ubah hidup you. Salah. You yang ubah hidup I. I ingat enam bulan ni akan jadi enam bulan paling lama dalam hidup I. Rupanya jadi enam bulan paling best. Sebab you. Sebab you selak langsir I sikit-sikit sampai I lupa kenapa I tutup dulu.

Jangan menyesal. Jangan sedih lama-lama. Hidup berani sikit, Nik. Pakai stoking tu dengan yakin. Jangan tarik bahu macam nak minta maaf.

Tolong ganti pasu Mama. Dah lama sangat I salahkan kucing oren tu.

Dan tolong bagitahu Mak, rendang dia memang sedap. Yang tu bukan voice-to-text. Yang tu memang I.

I'll always be listening.

Kak Zura.

Nik lipat surat tu perlahan-lahan. Matahari dah naik penuh. Angin kencang, sejuk menggigit, dan untuk sesaat Nik tak boleh rasa jari dia langsung.

Dia gelak sorang-sorang, gelak sambil nangis, sebab dia boleh dengar Azura cakap: Gila sejuk kan? I dah cakap.

Abang Jaimis duduk sebelah dia, buka beg.

"Nak air, kak? Ada 100 Plus satu tin, last."

Nik lap mata guna lengan jaket. Dia tegakkan bahu.

"Air kosong je, bang." Dia senyum. "No fizz."

📌 Moodboard: Low's PeakTutup moodboard
Low's Peak, pukul dua pagi, jari kebas
Low's Peakpukul dua pagi, jari kebas

📌 @7skiestravel

Moodboard

📌 @grazisemcau2

Surat, buka kat puncak. bukan sebelum.
Suratbuka kat puncak. bukan sebelum.

📌 @allmona

Moodboard

📌 @thepenpalproject

TAMAT